Honda Lancar Sedan Amaze Untuk Pasaran India


Honda Cars India Limited (HCIL) telah melancarkan model kompak Amaze untuk pasaran India. Model yang disasarkan sebagai sebuah sedan keluarga itu hadir dalam dua varian enjin – petrol dan diesel. Enjin petrol 1.2 liter empat silinder SOHC i-VTEC menghasilkan kuasa maksimum 88PS@6,000rpm dan tork 109Nm@4,500rpm, di samping memberikan tahap ekonomi impresif pada kadar 18km/l bagi model manual dan 15.5km/l untuk model automatik. 

Bagi varian diesel, ia dikuasakan enjin bersesaran 1.5 liter empat silinder DOHC i-DTEC yang menghasilkan kuasa maksimum 100PS@3,600rpm dan tork setinggi 200Nm@1,750rpm, menjadikan pemanduannya lebih menyeronokkan. Menurut Honda, model tersebut menjadi kereta paling cekap penggunaan bahan apinya di pasaran India apabila telah disahkan mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 25.8 kilometer bagi setiap liter bahan api, prestasi ekonomi yang sangat memuaskan.

Amaze boleh dijadikan model sedan ekonomi yang mampu milik dan cekap tenaga di mana jika di Malaysia Proton Saga adalah kereta sepertinya. Di India pasaran kenderaan cukup luas selain China, Suzuki adalah antara kuasa besar di sana. Dengan adanya Amaze daripada Honda ini, ia mampu menjadi saingan kepada beberapa model sedan kecil seperti Suzuki Swift Desire.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


2 comments

Proton Preve Hatchback di Damansara!


Spayshot terkini Preve Hatchback ini sempat dirakamkan sekitar Damansara. Sejak kebelakangan ini, Preve Hatchback melakukan ujian dengan beberapa unit. Ini adalah petunjuk mengenai Preve Hatchback ini mempunyai beberapa varian daripada low standard kepada high standard. Kemungkinan Preve Hatchback ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ





sumber : paultan.org
1 comments

Teksi 1Malaysia Proton Exora NGV


Menurut Paultan.org,  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melancarkan Teksi 1Malaysia di Proton’s Centre of Excellence. Seperti yang pernah didedahkan sebelum ini, teksi 1Malaysia adalah Proton Exora MPV dengan sistem NGV. Tangki NGV terletak di dalam kereta, di belakang kerusi barisan kedua.

Exora ini diubahsuai bertujuan untuk menjadi teksi bajet lima tempat duduk (dengan tambang bermula RM3, berbanding dengan jenis eksekutif) barisan ketiga kerusi telah dikeluarkan untuk dijadikan ruang but yang besar, yang boleh memuatkan sehingga beberapa beg troli yang besar. 

Terdapat beberapa variasi, versi enjin petrol gear manual atau automatik atau yang dilengkapi NGV, teksi 1Malaysia datang dengan dua beg udara, ABS, EBD, kerusi kulit dan aksesori teksi khas seperti meter teksi dan pembaca kad kredit/debit. Oleh yang demikian, anda kini boleh membayar tambang teksi secara elektronik.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan bahawa harga teksi adalah sekitar RM64000, harga sebelum geran Kerajaan RM5000 dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan 1Malaysia (1MDB). Teksi 1Malaysia adalah untuk pemandu individu, yang boleh mendapatkan pinjaman khas daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga sembilan tahun. 

Kos setiap hari adalah sekitar RM28.50 untuk pemandu, dibayar setiap bulan seperti pinjaman biasa. Penghantaran 1000 unit Proton Exora teksi 1Malaysia NGV akan bermula pada Jun tahun ini. Nampak seperti menggunakan enjin Campro CPS ke?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ









sumber : paultan.org
0 comments

Kereta Proton Masuki Semula Pasaran Chile Tahun Ini


Menurut Bernama, kereta Proton dijangka memasuki semula pasaran Chile tahun ini berikutan keberkesanan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Chile, kata Duta Chile ke Malaysia Christian Rehren. Kereta nasional itu telah dijual di republik itu pada 1990-an. 

Rehren berkata Proton perlu mengambil cabaran untuk meneruskan usaha menembusi pasaran negara kecil itu tetapi sangat berdaya saing di dalam industri alat ganti automotif. 

Pasaran kereta Chile telah muncul sebagai salah satu daripada pasaran paling canggih di Amerika Latin, bersama-sama dengan Mexico dan Brazil, yang fokus pada kereta pengguna. Menurut beliau lagi, Proton telah pun terkenal di Chile.


0 comments

Perodua Revive Your Drive contest!


Kepada pemilik-pemilik kenderaan Perodua, di sini saya ingin war-warkan mengenai peraduan 'Revive Your Drive'. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan hadiah berupa modikifasi kenderaan bernilai sehingga RM240,000 melalui peraduan ‘Revive Your Drive’ bermula 15 April hingga 30 Jun sempena ulang tahun ke-20 Perodua. 

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, antara keunikan peraduan terbaru itu adalah Perodua turut meluaskan tawaran itu kepada pemilik kenderaan baru. Melalui peraduan ini, pelanggan boleh naik taraf kenderaan ikut cita rasa masing-masing katanya. 

Peraduan itu terbahagi kepada empat kategori, iaitu kategori pertama adalah untuk kenderaan tiga tahun dan ke bawah, di mana pemilik berpeluang memenangi RM5,000 untuk menaik taraf. Kategori kedua pula untuk kenderaan kurang tiga tahun yang membelanjakan RM250 di cawangan perkhidmatan Perodua dan pemilik berpeluang memenangi RM15,000 untuk menaik taraf kenderaan. 

Sementara itu, kategori ketiga untuk kenderaan lebih tiga tahun di mana pemiliknya juga berpeluang memenangi RM5,000 untuk menaik taraf, manakala kategori keempat untuk kenderaan lebih tiga tahun yang membelanja RM250 di mana-mana cawangan.

Jadi tunggu apa lagi, jom daftar segera. Cara daftar sangat mudah, ambil borang di Pusat Servis Perodua atau melalui online. Layari www.myperodua.com.my/revive-your-drive/ untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



0 comments

Citroen DS Wild Rubis di Shanghai Auto Show 2013


Sebuah model konsep terbaharu Citroen DS Wild Rubis akan membuat debut di Shanghai Auto Show 2013 yang akan bermula tidak lama lagi. Model konsep masa depan DS SUV itu akan menyertai barisan model sedia ada seperti DS3, DS4 dan DS5, serta model konsep Numero 9. 
Selain reka bentuk keseluruhannya yang agak menarik dan unik, ia juga direka untuk dikuasakan oleh tenaga penggerak daripada teknologi plug-in dan sistem hibrid penuh. Di samping itu, pelbagai inovasi teknologikal bakal melengkapi model konsep DS Wild Rubis.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




sumber : ArenaKereta
0 comments

Alonso tawan litar Shanghai, Lima Teratas Dominasi Handalan Dunia!


Keputusan GP China 2013 kesemua lima pasukan juara Formula 1 dunia mengisi tempat teratas dalam perlumbaan tersebut. Ia berakhir dengan Ferrari, Fernando Alonso sebagai juara. Pelumba Ferrari itu telah berjaya mendahului Kimi Raikkonen dan Lewis Hamilton yang menduduki tempat kedua dan ketiga. 

Pasukan Lotus-Renault semakin bertambah baik sejak pengenalan jentera baru mereka. Nampaknya ada dua jenama dari Malaysia di atas podium kali ini iaitu Lotus dan Petronas. Beberapa keping gambar turut saya ingin kongsikan dengan anda semua.

Berikut hasil catatan waktu di GP China : 

 1.  Alonso             Ferrari                    1h36:26.945
 2.  Raikkonen       Lotus-Renault              +    10.100s
 3.  Hamilton          Mercedes                   +    12.300s
 4.  Vettel               Red Bull-Renault           +    12.500s
 5.  Button             McLaren-Mercedes           +    35.200s
 6.  Massa             Ferrari                    +    40.800s
 7.  Ricciardo        Toro Rosso-Ferrari         +    42.600s
 8.  Di Resta          Force India-Mercedes       +    51.000s
 9.  Grosjean          Lotus-Renault              +    53.400s
10.  Hulkenberg     Sauber-Ferrari             +    56.500s
11.  Perez              McLaren-Mercedes           +  1m03.800s
12.  Vergne            Toro Rosso-Ferrari         +  1m12.600s
13.  Maldonado      Williams-Renault           +  1m33.800s
14.  Bottas             Williams-Renault           +  1m35.400s
15.  Bianchi           Marussia-Cosworth          +     1 lap
16.  Pic                  Caterham-Renault           +     1 lap
17.  Chilton            Marussia-Cosworth          +     1 lap
18.  van der Garde  Caterham-Renault           +     1 lap

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 


0 comments

ARTIKEL PILIHAN PENGUNJUNG

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2013. azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Satu Published by ADIK4ever
Proudly powered by Blogger