Situasi Menang-menang Proton-Geely


Perkongsian antara DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, yang bakal menyaksikan Proton menjadi hab pengeluaran global model kereta pemanduan kanan Geely, akan membawa pembuat kereta nasional itu ke tahap kejayaan dan masa depan yang terjamin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Proton sudah menemui rakan yang paling sesuai.

"Dengan memanfaatkan teknologi dan kepakaran Geely, Proton kini sudah bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang," katanya pada majlis pemeterian perjanjian definitif antara DRB-Hicom dan Zhejiang Geely di sini Jumaat. Najib yang menyuarakan keyakinan beliau itu, berkata Proton akan mempunyai keupayaan dan sumber untuk pemulihan dan menjadi contoh kejayaan Malaysia, tanpa memerlukan bantuan daripada kerajaan. Beliau yakin menerusi perkongsian dengan Geely, syarikat yang mempunyai kelayakan, kepimpinan yang komited dan rekod yang sudah terbukti, Proton dapat meluaskan kehadirannya dalam pasaran ASEAN. Sebelum itu, Pengarah Urusan DRB Hicom Datuk Seri Syed Faisal Albar mengumumkan perjanjian dengan Geely membabitkan kerjasama dalam tujuh bidang strategik.

Ini termasuk Proton akan diberikan hak eksklusif ke atas produk dan teknologi terkini Geely di rantau ini, serta akses melepasi pasaran Asia Tenggara dan China, katanya.

Syed Faisal juga berkata Geely akan menjadikan operasi penyelidikan dan pembangunan milik Proton sebagai pusat kecemerlangan mereka di ASEAN, melengkapkan pelbagai tapak yang sudah mempunyai operasi mereka di seluruh dunia, katanya.

Malaysia juga akan menjadi hab kereta pemanduan kanan Geely di rantau ini, membolehkan kapasiti kilang moden di Tanjung Malim digunakan sepenuhya, dan mewujudkan peluang baharu pekerjaan untuk penduduk tempatan dan luar negara, katanya.

"Kilang Proton di Tanjung Malim diberikan peluang untuk memasang kereta Volvo jika ada kapasiti," katanya.

Geely memiliki Volvo sejak 2010.

Menerusi perkongsian strategik ini, Najib berkata ia boleh membuka ruang untuk Proton menjadi antara pembuat kereta utama di Asia Tenggara, dan antara eksport terhebat Malaysia ke rantau ini.

"Yang memberi kemenangan kepada Proton, kepada pemilik, untuk ekonomi Malaysia dan bagi beratus ribu rakyat Malaysia yang akan meraih manfaatnya.

"Perjalanan baharu Proton ini merupakan contoh pandangan jauh Malaysia," katanya dan menambah Proton menghadapi masalah dengan model perniagaannya, dan sentiasa tidak mampan dalam jangka panjang.

Najib juga menolak tanggapan negatif serta kebimbangan tidak berasas terhadap pelaburan asing yang kononnya menjurus kepada hilangannya kedaulatan.

"Ini tidak akan berlaku dalam pemantauan saya. Dalam mana-mana kes, pandangan itu timbul disebabkan mereka tidak faham mengenai ekonomi.

"Menolak FDI (pelaburan langsung asing) kerana salah maklumat dan ada kalanya atas sebab-sebab rasis, hanya akan menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan daya saing," katanya.

-- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

28 Jun 2017 1:27 PTG

ASS.WR.WT.saya IBU WINDA TKW SINGAPURA sangat berterima kasih kepada AKI SOLEH, berkat bantuan angka jitu yang di berikan AKI SOLEH, saya bisah menang togel 4D yaitu ((( 1 8 4 4 ))) dan alhamdulillah saya menang 150 lembar.sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan AKI SOLEH. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini;

1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.pesugihan tuyul
7.pesugihan bank gaib
8.pesugihan uang balik
9.pesugihan dana gaib, dan dll

dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub AKI SOLEH di no; 082-313-336-747.

atau anda bisah kunjungi blog AKI KLIK DISINI ((((( BOCORAN TOGEL HARI INI ))))

UNTUK JENIS PUTARAN; SGP, HK, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, TAIPE, THAILAND, LAOS, CHINA, KOREA, KAMBODIA, KUDA LARI, ARAB SAUDI,

AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri...

SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger