Proton Mampu Pulih Dengan Kerjasama Geely


Kerjasama antara PROTON Holdings Berhad (PROTON) dan Zhejiang Geely Holdings Group (Geely Holdings) diyakini dapat mengembalikan kegemilangan pengeluar kenderaan nasional itu untuk bersaing di pasaran antarabangsa, terutama di Asia Tenggara, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, jika PROTON tidak 'selamatkan' menerusi kerjasama strategik berkenaan, lebih 10,000 kakitangannya akan berdepan dengan pemberhentian kerja. Selain itu, katanya, ekosistem sekeliling PROTON juga bakal terjejas, sekali gus mempengaruhi lebih 200,000 pekerjaan. 

"Ya, PROTON sebelum ini berdepan masalah dan kerajaan ketika itu dipanggil untuk membantu entiti berkenaan yang menyaksikan bantuan pembiayaan disalurkan sehingga dilanjutkan pada tahun 2016. 

"Pelbagai persoalan timbul mengapa PROTON dibantu (kerajaan), walhal ia adalah syarikat swasta. 

"Realitinya, keadaan (PROTON) kian suram. Namakan saja apa model perniagaan sekali pun, ia tidak berdaya tahan untuk dilaksanakan dalam tempoh jangka panjang. Ia juga dipengaruhi impian tidak realistik yang panjang dan kekurangan kefahaman komersial membabitkan bekas ketua penguji. 

"Ini kerana, 'beliau' mahu PROTON menjadi 100 peratus milik Malaysia dan mahu melihat syarikat automotif itu rugi ratusan juta ringgit pada setiap tahun. Itu (kerugian) membabitkan wang rakyat. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab jika model perniagaan lama diteruskan dan menyebabkan kegagalan," katanya ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Definitif antara PROTON-Geely Holdings di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, Najib dalam ucapannya tidak menyebut secara terperinci siapa 'bekas ketua penguji' berkenaan. Mengulas kerjasama dengan syarikat gergasi automotif dunia dari China itu, Najib berkata, langkah strategik itu dibuat supaya PROTON boleh berdikari dan tidak lagi bergantung sepenuhnya atas bantuan kerajaan. 

Katanya, sokongan kerajaan terhadap PROTON, merangkumi bimbingan dan syarat yang ditetapkan menyaksikan Geely hanya memiliki 49.9 peratus pegangan saham dalam PROTON. 

"Ini supaya PROTON mempunyai kemampuan dan sumber untuk mengubah entiti itu dan supaya ia mampu menjadi contoh kepada kejayaan Malaysia. 

"Bagi merealisasikan perkara itu, PROTON sudah menemui rakan kerjasama yang tepat meskipun ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui secara terperinci mengenai Geely. 

"Mereka mesti tahu kerana Geely adalah pemain industri terbesar dalam dunia automotif dunia sejak 10 tahun lalu. Volvo, sebuah syarikat automotif dari Sweden yang dimiliki Geely berjaya menjana keuntungan sebanyak AS$1.25 bilion, terbesar dalam tempoh 90 tahun, sekali gus mengukir sejarah syarikat berkenaan," katanya. 

Najib berharap episod baharu PROTON ini dapat menjadi contoh inisiatif pandang ke hadapan Malaysia yang akan terbina berlandaskan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang bermatlamat mahu menjana 2.26 juta pekerjaan dalam tempoh enam tahun akan datang.

-Berita Harian
Share this article :

+ comments + 1 comments

28 Jun 2017 1:25 PTG

ASS.WR.WT.saya IBU WINDA TKW SINGAPURA sangat berterima kasih kepada AKI SOLEH, berkat bantuan angka jitu yang di berikan AKI SOLEH, saya bisah menang togel 4D yaitu ((( 1 8 4 4 ))) dan alhamdulillah saya menang 150 lembar.sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan AKI SOLEH. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini;

1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.pesugihan tuyul
7.pesugihan bank gaib
8.pesugihan uang balik
9.pesugihan dana gaib, dan dll

dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub AKI SOLEH di no; 082-313-336-747.

atau anda bisah kunjungi blog AKI KLIK DISINI ((((( BOCORAN TOGEL HARI INI ))))

UNTUK JENIS PUTARAN; SGP, HK, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, TAIPE, THAILAND, LAOS, CHINA, KOREA, KAMBODIA, KUDA LARI, ARAB SAUDI,

AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri...

SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger