Perkembangan Mengenai Lebuhraya JELAS


Syarikat yang bertanggungjawab dalam projek Lebuhraya Jelapang-Selama-Batu Kawan (Jelas) BMT Jelas Sdn Bhd mendakwa kerja-kerja awalan cadangan pembinaan lebuhraya sepanjang 116 kilometer itu telah mendapat kebenaran kerajaan negeri dan kini sedang menunggu kelulusan perlaksanaan dari kerajaan persekutuan.

Timbalan Pengarah Projek BMT Jelas Sdn Bhd, Ahmad Sayufei Zainuddin berkata, cadangan asal lebuh raya berkenaan dimulai pada tahun 2010 dengan laluan hanya melibatkan laluan dari Jelapang hingga ke Selama yang pada asalnya dicadangkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak.

Memandangkan aliran trafik ke utara semenanjung yang kian bertambah, pihak BMT Jelas telah mencadangkan kepada kerajaan agar lebuh raya ini dihubungkan terus ke Jambatan Kedua Pulau Pinang agar semua pengguna lebuh raya akan mendapat manfaat dan dapat mengurangkan kesesakan lebuh raya yang sedia ada dan juga merupakan satu laluan alternatif ke utara dan begitu juga sebaliknya.

Setakat ini pihak syarikat tidak pernah membuat apa-apa kerja pembinaan fizikal di tapak memandangkan ia belum diluluskan diperingkat persekutuan.

Cuma kerja-kerja awalan seperti kerja-kerja pra pengambilan terhadap mengenal pasti dan menyemak lot-lot yang terlibat, kerja-kerja kajian ke atas kesesuaian tanah dan kerja-kerja menyelaras jajaran untuk diteliti dan sedang dilakukan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa negeri dan daerah terlibat pada Januari 2014 serta kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (MMK) pada Julai 2010.

Pihak syarikat juga telah mendapat kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2011.

Mengulas mengenai majlis yang berlangsung pada 19 Januari lalu, Ahmad Sayufei menjelaskan ia adalah satu majlis pelancaran bagi memulakan kerja-kerja awalan projek Lebuhraya Jelas dan juga sebagai menghargai kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri yang memberikan kerjasama penuh dalam merealisasikan projek lebuh raya ini.

Beliau berkata, pihaknya memang memahami prosedur yang ditetapkan dengan tidak melakukan sebarang pembinaan sebelum memperoleh kelulusan dari pihak kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Ahmad Sayufei berkata, cadangan projek pembinaan Lebuh raya Jelas ini dibuat Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) tanpa melibatkan sebarang pembiayaan dari pihak kerajaan negeri ataupun persekutuan.

Katanya, kos pembinaan lebuh raya tersebut dianggarkan bernilai RM4.6 bilion yang akan dibiayai oleh Elaf Bank dari Bahrain melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Mei 2010 dengan Syarikat BMT Jelas Sdn Bhd yang telah disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Pengerusi Elaf Bank (c) Bahrain, Ebrahem El Huzam.

Beliau berkata, projek berkenaan sudah pun dimajukan kepada kerajaan persekutuan melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dan telah beberapa kali mengadakan taklimat dan perbincangan tentang Lebuhraya Jelas ini sehingga ke peringkat Jawatankuasa Unit Kerjasama Awam Swasta (JKAS) dan kini sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkenaan dalam masa yang terdekat ini.

Secara dasarnya projek ini telah dipersetujui oleh kerajaan Negeri dan kebenaran untuk memasuki tapak untuk melakukan kerja-kerja awalan terhadap jajaran ini juga telah diperoleh pada Januari 2014.

Jelas beliau lagi, jika projek ini mengalami kelewatan dari segi kelulusan dan perlaksanaan, pihak syarikat bimbang akan peningkatan dari segi kos pembinaan.

Menurut Ahmad Sayufei, Lebuh raya Jelas yang dirancang itu akan mempunyai 13 persimpangan di sepanjang 116 kilometer yang mana sembilan daripada persimpangan itu berada di Perak serta terdapat sebuah terowong sepanjang 3.0 kilometer yang merentangi Banjaran Bintang yang merupakan terowong yang terpanjang di Asia,

Beliau berkata, sembilan persimpangan itu nanti bakal membuka ruang dan peluang sosio-ekonomi masyarakat di situ.

Katanya, sembilan persimpangan itu adalah di Meru Raya (Jelapang), Klebang, Kanthan Baru, Sungai Siput (U), Karai, Kati, Anak Kurau, Batu Kurau dan Selama.

Katanya, pembinaan Lebuh raya Jelas ini wajar dilaksanakan sebagai laluan alternatif kepada lebuh raya sedia ada yang tidak lagi mampu menampung pertambahan kenderaan terutama musim perayaan dan pada cuti kelepasan yang lain.

Beliau berkata, dengan adanya Lebuhraya Jelas kelak, kesesakan itu mampu diatasi memandangkan pengguna sudah mempunyai laluan alternatif lain untuk perjalanan ke utara.


Share this article :

+ comments + 1 comments

28 Jun 2017 1:09 PTG

ASS.WR.WT.saya IBU WINDA TKW SINGAPURA sangat berterima kasih kepada AKI SOLEH, berkat bantuan angka jitu yang di berikan AKI SOLEH, saya bisah menang togel 4D yaitu ((( 1 8 4 4 ))) dan alhamdulillah saya menang 150 lembar.sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan AKI SOLEH. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini;

1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.pesugihan tuyul
7.pesugihan bank gaib
8.pesugihan uang balik
9.pesugihan dana gaib, dan dll

dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub AKI SOLEH di no; 082-313-336-747.

atau anda bisah kunjungi blog AKI KLIK DISINI ((((( BOCORAN TOGEL HARI INI ))))

UNTUK JENIS PUTARAN; SGP, HK, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, TAIPE, THAILAND, LAOS, CHINA, KOREA, KAMBODIA, KUDA LARI, ARAB SAUDI,

AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri...

SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger