Harga Petrol Dan Diesel Dijangka Naik Tahun Ini


Harga runcit petrol dan diesel dijangka kekal tinggi pada tahun ini berdasarkan situasi ekonomi semasa, yang mana menyaksikan penganalisis global menaikkan unjuran harga purata penanda aras harga minyak dunia, Brent dan West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS). 

Harga penanda aras berkenaan masing-masing dinaikkan kepada AS$61.3 satu tong (RM271.16 satu tong) dan AS$59.0 satu tong (RM260.99 satu tong) pada tahun ini. 

Bank pelaburan terkemuka Eropah, Natixis berkata, pihaknya menjalankan semakan semula terhadap unjuran harga minyak bagi kedua-dua penanda aras itu bagi suku pertama (Q1) dan kedua (Q2) 2017. 

"Semakan semula dilakukan berikutan terdapat pengurangan perbelanjaan modal sejak dua tahun lalu, kos inflasi selain daripada perjanjian pengurangan pengeluaran oleh OPEC dan pengeluar lain. 

"Pengurangan pengeluaran minyak oleh OPEC dan anggota bukan OPEC bermula 1 Januari 2017, meskipun terdapat pemulihan sederhana dalam pengeluaran minyak AS akan memberi kesan kepada harga minyak global," katanya dalam satu nota penyelidikan. 

Natixis berkata, pengurangan bekalan minyak pada peringkat global dijangka berterusan sepanjang tempoh separuh kedua tahun ini (H2 2017). 

"Pengurangan itu mungkin dipengaruhi dua faktor utama iaitu 80 peratus kemungkinan disebabkan pematuhan perjanjian OPEC dan pengeluar lain dan pemulihan sederhana dalam pengeluaran di AS. 

"Menurut perjanjian itu, anggota OPEC dan bukan OPEC mencapai persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 1.2 juta tong sehari (bpd) kepada 31.96 juta bpd, sementara pengeluaran di AS ialah meningkat sehingga 250,000 bpd berbanding paras siling yang ditetapkan pada 2016," katanya. 

Bagaimanapun, menurut jangkaan bank pelaburan itu, inventori minyak pada tahun ini dijangka meningkat jika usaha mengekang pengeluaran oleh OPEC menemui kegagalan. "Pada masa sama, faktor kenaikan berterusan bagi minyak mentah dan stok simpanan bahan api AS juga akan menjejaskan keseimbangan harga minyak dunia," katanya. 

Data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), pada 2 Februari lalu, inventori minyak mentah AS meningkat minggu lalu pada kadar yang tidak dijangka iaitu 6.5 juta tong kepada 494.76 juta tong. Peningkatan stok minyak mentah itu jauh melebihi daripada jangkaan penganalisis iaitu sebanyak 3.3 juta tong. 

Manakala, stok bahan api menokok sebanyak 3.9 juta tong, berbanding jangkaan penganalisis hanya naik satu juta tong. Menurut data berkenaan lagi, inventori di AS, pengguna minyak terbesar dunia, menghampiri rekod penggunaan tertinggi tahun lalu dan pengeluaran domestik turut bertambah susulan kenaikan aktiviti penggerudian minyak syal oleh syarikat minyak AS.

- Berita Harian
Share this article :

+ comments + 5 comments

11 Februari 2017 4:59 PTG

Harga minyak mentah akan terus naik sehingga 2018 dan diramal akan stabil pada harga usd80 setong.. Data dari International Energy Agency (IEA) US sebagai negara pengeluar terbesar minyak mentah tahun lalu sebanyak 13.9juta tong sehari telah mengurangkan pengeluaran minyak mentah hampir 40% tahun ini kepada hanya 8.7 juta tong pengeluaran sehari.. Selain negara-negara OPEC juga mengurangkan pengeluaran minyak mentah sepanjang 2017.. Jika harga minyak mentah naik sehingga usd80 setong manakala ringgit berada pada paras 4.5/1 dollar, maka petrol ron95 di Malaysia akan berada pada harga rm2.70 setiap liter

11 Februari 2017 5:02 PTG

Tetapi harga minyak mentah Malaysia bukanlah ditentukan oleh harga Brent dan WTI tetapi oleh mean of platts singapore atau MOPS.. MOPS berharga tinggi dari Brent dan Wti..

22 Februari 2017 6:21 PG

Saya ingin umumnya menginformasikan kepada publik bahwa Felicia Anderson pemberi pinjaman pinjaman pribadi yang peluang keuangan terbuka untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan. Kami memberikan pinjaman dengan tingkat bunga 2% untuk individu, bisnis dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan mudah dipahami. hubungi kami hari ini via e-mail di: (Feliciaanderson992@gmail.com)

23 Februari 2017 2:02 PTG

Apakah Anda membutuhkan pinjaman? pihak yang berkepentingan harus menghubungi Porter perusahaan fundsloan swasta hari ini, Lender E-mail:
  porterleonardfinancialservice.com
Kami menawarkan pinjaman pribadi, komersial dan pribadi dengan sangat
Tingkat bunga tahunan minimal serendah 4% selama 3 bulan untuk 10 tahun
periode durasi pembayaran ke seluruh bagian dunia. Kami memberikan pinjaman
dari $ 10,000.00 ke $ 50.000.000.
pinjaman kami baik diasuransikan untuk keamanan maksimum adalah prioritas kami,
Anda kehilangan tidur di malam hari mengkhawatirkan bagaimana untuk mendapatkan pemberi pinjaman kredit legit? Kamu
menggigit kuku Anda dengan cepat? Alih-alih mengalahkan diri sendiri, hubungi Lane dana swasta lembaga kredit hari ini (perusahaan pinjaman)
Sekarang, spesialis Pinjaman yang membantu menghentikan Sejarah Buruk Kredit, untuk menemukan solusi menang yang adalah misi kami.
pihak yang berkepentingan harus menghubungi perusahaan melalui email untuk informasi lebih lanjut:

28 Jun 2017 1:17 PTG

ASS.WR.WT.saya IBU WINDA TKW SINGAPURA sangat berterima kasih kepada AKI SOLEH, berkat bantuan angka jitu yang di berikan AKI SOLEH, saya bisah menang togel 4D yaitu ((( 1 8 4 4 ))) dan alhamdulillah saya menang 150 lembar.sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan AKI SOLEH. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini;

1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.pesugihan tuyul
7.pesugihan bank gaib
8.pesugihan uang balik
9.pesugihan dana gaib, dan dll

dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub AKI SOLEH di no; 082-313-336-747.

atau anda bisah kunjungi blog AKI KLIK DISINI ((((( BOCORAN TOGEL HARI INI ))))

UNTUK JENIS PUTARAN; SGP, HK, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, TAIPE, THAILAND, LAOS, CHINA, KOREA, KAMBODIA, KUDA LARI, ARAB SAUDI,

AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri...

SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger