Apakah Hak Anda Apabila Beli Motor Baru?


Motorsikal merupakan kenderaan dua roda yang mudah di bawa ke mana-mana lokasi dengan cepat dan mudah, selain itu ia lebih jimat minyak dan menjimatkan tol berbanding kereta. Bagi anda yang ingin membeli motorsikal baru, anda perlu tahu hak yang sepatutnya. 

Anda sebenarnya mempunyai hak mendapatkan servis motor secara percuma. Bagi sesiapa yang membeli motor baru, kebiasaannya kita akan mendapat khidmat servis percuma.

Sebenarnya, khidmat servis percuma tu memang hak pembeli dan datangnya daripada kilang untuk diberikan kepada pembeli.

Pembeli akan dapat kupon yang datang dari kilang dan berhak untuk buat servis dimana-mana wakil pusat servis. Bukannya kena kembali ke kedai yang kita beli. Apabila kita buat servis ke mana-mana wakil servis, kupon akan diberi dan wakil servis akan claim balik ke main branch.

Kebanyakan penjual dan wakil pusat servis tak pernah memberitahu pun kewujudan kupon tersebut dan kita pula sangkakan ianya adalah ehsan daripada wakil jualan dan pengedar.

Untuk Yamaha, di kompleks Yamaha Hong Leong di Sungai Buloh, kupon tu berharga RM30. Kalau 10 kali servis dah RM300. Kalau 20 motor, dah boleh beli 1 motor yahama LC tanpa insurance dan road tax.

Malah, ada sesetengah kes, penjual tu langsung tak bagi servis percuma dan kononnya tidak layak menerimanya.

Kalau sesiapa yang rajin baca manual kenderaan pada mileage tertentu wakil pengedar patut cek bahagian lain seperti break, light, carburetor dan berbagai-bagai lagi seperti yang ditulis dalam manual. Itulah gunanya servis percuma itu selepas pembelian motor. Ianya untuk memastikan motor dalam keadaan baik.

Ada jadual tertentu untuk servis tertentu seperti dalam buku manual kenderaan yang kita beli. Malah, kita patut dapat satu lagi buku yang menyatakan mileage tertentu, bahagian motor tertentu masih lagi bawah warranty tertentu.

Ketahui hak anda, jangan biarkan anda ditipu walaupun anda rasa berapalah sangat. Tetapi sebenarnya mereka ambil untung beribu-ribu atas ketidakpedulian anda.

Jika membeli motor baru, lebih baik anda bertanya kepada tuan kedai akan servis percuma yang anda akan dapat, yang diberikan oleh kilang. Ianya adalah hak anda, dan dapat menjimatkan wang anda, untuk servis yang dilakukan kemudian hari.

Sumber dari : Muhammad Musoddiq Bin Jaafar dan Siakap Keli
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger