Abdul Rashid Musa CEO Proton Edar Yang Baru


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn. Bhd. yang baru dilantik, Abdul Rashid Musa merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap pembangunan kereta buatan nasional, Proton Saga dan Persona, dan kini memastikan model tersebut laris.

Beliau juga bertanggungja­wab menyelia pasukan jurutera Proton yang membangunkan model Proton Perdana dan Proton Ertiga, yang merupakan empat model kereta nasional yang dilancarkan ke pasaran dalam tempoh enam bulan pada tahun lalu.

“Saya sendiri akan menjadi jurujual kereta-kereta Proton bagi memastikan sebarang keraguan mengenai keupayaan kereta nasional ini terjawab. Kereta ini dibina dengan teknologi dan kepakaran anak tempatan yang telah terbukti.

“Ini merupakan tanggungjawab yang besar untuk membawa Proton kembali ke persada automotif negara dan saya berharap akan mendapat sokongan padu semua pihak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kenyataan rasmi hari ini, Proton Holdings Berhad meng­umumkan pelantikan Abdul Rashid Musa sebagai CEO Proton Edar, berkuat kuasa semalam.

Beliau dilantik bagi menggantikan Rohime Shafie yang ditugaskan ke DRB-Hicom Bhd. sebagai Ketua Automotif di Bahagian Pengedaran Automotif dan Pembuatan dan Kejuruteraan.

Unit itu diketuai Datuk Abdul Harith Abdullah yang merupakan Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif dan Pembuatan dan Kejuruteraan, DRB-Hicom.

Sementara itu, CEO Proton, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali berkata, pihaknya yakin Abdul Rashid mampu menerajui Proton Edar bagi meneruskan trajektori pertumbuhan dalam meningkatkan penguasaan pasaran.

Katanya, Abdul Rashid akan terus memacu budaya Proton iaitu ‘Pelanggan Diutamakan’ dalam Proton Edar dengan objektif untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti di seluruh rangkaian Proton di negara ini.

“Dengan memanfaatkan latar belakang teknikal beliau, Abdul Rashid berupaya menyumbang ke arah pelan penambahbaikan rangkaian terutama dalam me­ningkatkan mutu perkhidmatan selepas jualan.

“Bagi pihak Proton, kami meng­alu-alukan pelantikan beliau sebagai ketua baharu Proton Edar dan mengucapkan terima kasih kepada Rohime di atas dedi­kasi dan komitmen beliau semasa berkhidmat bersama Proton dan Proton Edar sejak 20 Ogos 2014,” katanya.

PESB merupakan anak syarikat milik penuh Proton yang terlibat dalam pengedaran kereta Proton dan menyediakan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan.

Abdul Rashid tidak asing kepada industri automotif dan mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam bidang automotif dengan penglibatan dalam pelbagai projek dan organisasi automotif.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya pada 1989, beliau juga terlibat dalam bidang pembuatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengurusan, malah merupakan seorang yang kuat menyuarakan aspek keselamat­an penumpang.

Ini mendorong beliau me­ngambil bahagian dalam pelbagai ceramah mendidik tentang keselamatan penumpang dan kepentingan penguatkuasaan kenderaan selamat di negara ini.

Sebelum pelantikan ini, Abdul Rashid adalah Ketua Pegawai Teknikal (CTO) Proton dan memegang beberapa tugas serta tanggungjawab termasuk memainkan peranan penting dalam pembangunan empat model baharu pada tahun lalu.

Dalam masa sama, beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah dalam beberapa anak syarikat Proton dan sebelum ini juga merupakan ketua di beberapa syarikat di bawah kumpulan DRB-Hicom.

-Utusan
Share this article :

+ comments + 1 comments

28 Jun 2017 1:00 PTG

ASS.WR.WT.saya IBU WINDA TKW SINGAPURA sangat berterima kasih kepada AKI SOLEH, berkat bantuan angka jitu yang di berikan AKI SOLEH, saya bisah menang togel 4D yaitu ((( 1 8 4 4 ))) dan alhamdulillah saya menang 150 lembar.sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan AKI SOLEH. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini;

1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.pesugihan tuyul
7.pesugihan bank gaib
8.pesugihan uang balik
9.pesugihan dana gaib, dan dll

dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub AKI SOLEH di no; 082-313-336-747.

atau anda bisah kunjungi blog AKI KLIK DISINI ((((( BOCORAN TOGEL HARI INI ))))

UNTUK JENIS PUTARAN; SGP, HK, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, TAIPE, THAILAND, LAOS, CHINA, KOREA, KAMBODIA, KUDA LARI, ARAB SAUDI,

AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri...

SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger