Toyota Vios Facelift Terbaru Dilancarkan Di Thailand


Toyota Thailand hari ini telah melancarkan model Vios facelift yang dilihat dari paras rupa lebih kemas dan lebih garang berbanding facelift terdahulu. Ditawarkan dalam empat varian iaitu 1.5J, 1.5E, 1.5G dan 1.5S dengan harga bermula 609,000 baht (RM76,621) hingga 789,000 baht (RM99,268). 

Rekabentuk ini juga mirip dengan Vios yang diperkenalkan di Beijing Auto Show 2016. Mempunyai lampu projektor dengan LED, gril 'Y' dan lampu kabus dalam ruang masukan udara yang besar. Lampu belakang kini menerima jenis LED dengan susunan semula palang krom yang nipis. Rekaan Bumper belakang juga kelihatan lebih kemas dan ringkas. Pilihan rim 15 inci atau 16 inci digunakan mengikut varian.

Menggunakan enjin 2NR-FBE 1.5 liter empat silinder Dual VVT-i, yang digunakan pada versi facelift sebelumnya dan kemudiannya bagi pasaran Malaysia menghasilkan kuasa 108 hp pada 6,000 rpm dan 140 Nm pada 4,200 Nm dipadankan dengan transmisi CVT tujuh-kelajuan.

Perubahan interior tidak begitu ketara, ia hampir sama seperti sebelumnya. Vios facelift terbaru ini dilengkapi dua beg udara di depan, ABS dengan EBD, Isofix serta VSC dan kawalan cengkaman. Enam pilihan warna ditawarkan iaitu Red Mica Metallic, Quartz Brown Metallic, Super White, Silver Metallic, Gray Metallic dan Attitude Black Mica.














Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger