PRASARANA Tawar Latihan Pemanduan Pengangkutan Awam


PRASARANA Malaysia Bhd (PRASARANA) sedia menawarkan tempat dan kemudahan kepada syarikat pengendali bas ekspres yang berminat melatih pemandu, terutama golongan muda. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PRASARANA, Datuk Azmi Abdul Aziz, berkata ia adalah antara usaha syarikat bagi menggalakkan generasi muda menceburi industri pemanduan pengangkutan awam. 

Akademi Bas Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan mampu melatih 1,000 pemandu bas dalam setahun menerusi latihan selama tiga bulan. Pelbagai kemudahan latihan dan asrama disediakan termasuk simulator bas, bengkel serta makmal mekanikal, selain ruangan kelas latihan yang selesa serta lengkap. 

Terdahulu, Azmi bersama kakitangannya menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, yang melawat sekitar akademi itu. Dalam pertemuan dengan media selepas itu, Nancy menyuarakan harapan supaya lebih ramai pemandu muda dilatih dan diberi galakan bekerja dalam industri pengangkutan awam itu pada masa akan datang walaupun menyedari ramai yang berdepan masalah kos mengambil lesen. 

Nancy mengulas kebimbangan SPAD dan syarikat pengendali bas yang membangkitkan masalah kekurangan pemandu bas ekspres hingga mengundang banyak kemalangan bas, termasuk di Pagoh, Johor, bulan lalu.

sumber BHarian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger