Persimpangan Bertingkat Kuang Sistem Kini Dibuka


Laluan keluar masuk di Persimpangan Bertingkat Kuang Sistem di sini dibuka untuk kegunaan orang awam. 

Persimpangan yang terletak di antara tiga lebuh raya utama, Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) itu bakal mendorong pembangunan pesat dan meningkatkan sosio-ekonomi bagi penduduk sekitar Kundang. 

Laluan sejauh 3.1 kilometer itu juga mengurangkan jarak dan waktu perjalanan dari Kuala Lumpur sebanyak 10 kilometer atau 15 minit. Perasmian pembukaan persimpangan berkenaan disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, sebentar tadi. 

Laluan ini juga menyediakan sambungan terus ke Gamuda Gardens, kawasan pembangunan baharu Gamuda Land seluas 328 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih daripada RM10 bilion.

-BHarian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger