Perodua Axia Facelift?


Dua keping gambar yang sedang viral di laman sosial mula mendapat reaksi daripada pengunjung. Jika dilihat pada logo hadapan ia adalah model Perodua. Inilah barangkali Axia facelift yang banyak dibincangkan ketika ini.

Berpandukan lampu hadapan ia adalah dari varian atas dengan menerima rekaan hadapan baru. Sekali pandang ia mungkin seakan Bezza pada bahagian gril, sekali pandang bumper seperti Honda Jazz. Apapun pendapat netizen, Axia ini kelihatan lebih segar dan sangat menarik.

Yang lebih menariknya, Axia facelift ini menerima enjin 1.0 VVT-i baharu sama seperti saudaranya Bezza. Pintu bonet belakang mempunyai pembuka, bagi model SE dan Advance pula terdapat penambahan  push start button dan pemain DVD dengan GPS. Namun untuk model facelift kita tidak akan nampak lagi warna cherry blossom dan lemon grass green.

Berdasarkan dari beberapa info, Axia facelift bakal dilancarkan pada hari Jumaat 20 Januari 2017. Bagi pengenalan harga pula, ia akan diumumkan pada 13 Januari ini yang bakal menyaksikan peningkatan sekitar RM1K hingga RM2K mengikut varian.




Share this article :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
10 Januari 2017 7:52 PG

sekali pandang dah macam ertiga.. sekali pandang sama macam jazz.. adakah perodua dah tiada idea?

Tanpa Nama
10 Januari 2017 7:56 PG

nampak moden

Tanpa Nama
10 Januari 2017 9:30 PG

buat facelift pastu harga naik

Tanpa Nama
10 Januari 2017 9:37 PG

enjin baru ni mmg cukup terbaik.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger