Perodua Axia 2017 Kini Di Beberapa Bilik Pameran!


Nampaknya Perodua Axia facelift 2017 kini sudah berada di beberapa pusat pameran. Axia mula diperkenalkan pada 2014 telah mendapat pembaharuan pada tahun ini dari segi enjin dan paras rupa. Dengan tagline 'Kini Lebih Bijak', beberapa pembaharuan diperkenalkan seperti enjin EEV 1.0 liter VVT-i, mempunyai butang mula/henti enjin, sistem akses pintar dan sistem multimedia dengan smart link. Ciri-ciri ini juga sudah terdapat pada model Bezza.

Axia 2017 kini memiliki Enjin 1KR-VE tiga silinder 1.0 liter yang kini mempunyai teknologi VVT-i, seperti pada model Bezza. Enjin ini menghasilkan 67 hp pada 6,000 rpm dan 91 Nm tork pada 4,400 rpm, dengan pilihan kotak gear manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan, sama seperti sebelum ini. Axia 2017 ini mampu mencatat penggunaan bahan api sehingga 22.5 km/l berbanding sebelum ini 21.6 km/l bagi gear manual.

Bagi varian SE dan Advance, dengan projector headlamp yang baru beserta gril bersama chrome bar sedikit tebal atas bawah logo menampakkan ciri yang lebih moden dan teguh. Ini kerana pembeli pasti akan melihat sudut ini terlebih dahulu sebelum melihat bahagian lain. Bahagian foglamp juga diberi kemasan chrome untuk menambahkan lagi ciri-ciri sebuah kereta kecil premium.

Bagi varian E dan G pula, turut menerima projector headlamp sama seperti varian atas cuma bahagian gril ia tidak mendapat chrome bar berkembar, ia hanya ada satu melintasi logo. Selain itu varian ini tanpa foglamp dan tanpa kemasan pada ruangnya tetapi rekaan bumper adalah sama. Mungkin tiada masalah untuk upgrade menjadi SE dan Advance.

Seperti yang kita lihat, sport rim seperti Bezza Advance untuk varian SE dan Advance mengikut tren semasa dan nampak amat sesuai. Rim 14 inci untuk varian E dan G masih sama seperti model sebelum ini. Terdapat perubahan pada pintu bonet belakang, ia kini ada pembuka pintu untuk semua varian manakala rekaan bumper belakang masih mengikut varian semasa. Pilihan kit badan GearUp juga ditawarkan, ia bermula RM1,600.

Bahagian interior pula mempunyai monotone dark grey dengan kemasan silver satin dan rekaan bangku yang lebih selesa. Selain itu bagi varian Advance, bahagian multimedia mempunyai android smart link audio.

Dengan tagline 'Kini Lebih Bijak', Axia 2017 nampaknya menerima beberapa pembaharuan. Axia 2017 bakal dilancarkan pada hari Jumaat 20 Januari 2017 iaitu sama tarikh dengan Karnival MYPerodua Nation Di Aeon Mall Shah Alam. Bagi pengenalan harga pula, ia bermula RM24,900 hingga RM42,900 dengan waranti 5 tahun. Varian 1.0 E (Manual) – RM24,900, Varian 1.0 G (Manual) – RM34,900, Varian 1.0 G (Automatik) – RM36,900, Varian 1.0 SE (Manual) – RM37,900, Varian 1.0 SE (Automatik) – RM39,900 dan Varian 1.0 Advanced (Automatik) – RM42,900.





Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger