Perodua Anjur Karnival Terbesar - MYPerodua Nation

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menganjurkan karnival terbesar dikenali MYPerodua Nation pada 20 hingga 22 Januari ini di Aeon Mall Shah Alam. Di mana ia kemungkinan Axia facelift akan diperkenalkan.

Lebih menarik, karnival buat kali pertama dianjurkan pengeluar kereta kompak negara itu turut menawarkan cabutan bertuah Perodua Axia selain hadiah lain. 

MYPerodua Nation turut menawarkan tawaran eksklusif Perodua, aktiviti yang menyeronokkan, pertandingan hebat serta konsert secara langsung daripada artis popular sebagai permulaan positif tahun 2017. 

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata MYPerodua Nation adalah untuk orang ramai mengikuti pengamalan terbaik PERODUA sebagai jenama jualan terbaik nombor satu negara dan promosi menarik untuk pengunjung termasuk kejutan menanti semua. 

"Terima kasih kepada AmGeneral Insurance Bhd dan Bank Rakyat yang menjadi penaja acara ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

MYPerodua Nation juga menawarkan hadiah tunai kepada ahli UFirst Perodua yang bersaing dalam acara tahunan "UFirst Warrior Challenge". 

Untuk menyertai acara itu, orang ramai perlu mendaftar menerusi www.ufirst.com.my sebelum atau pada 13 Januari 2017. 

Zahari berkata, PERODUA akan menawarkan promosi dan aktiviti khas kepada pelajar universiti serta kolej yang ingin membeli kenderaan Perodua pertama atau menyertai Uni-Quest Challenge sebagai sebahagian aktiviti promosi tahun ini. 

Katanya, pelanggan juga akan menikmati Golden Prosperity Deals; promosi Tahun Baru Cina; yang menawarkan pulangan tunai sehingga RM3,888 bagi model Perodua terpilih. 

Selain itu, PERODUA juga menawarkan baucer servis percuma termasuk diskaun khas sehingga 50 peratus bagi bahagian dan aksesori.



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger