Pemplet Perodua Axia Facelift 2017


Dengan tagline 'Kini Lebih Bijak', Axia facelift nampaknya menerima beberapa pembaharuan. Menerusi pemplet yang tersebar luas di media sosial, Axia facelift menerima enjin EEV 1.0 liter VVT-i, mempunyai butang mula/henti enjin, sistem akses pintar dan sistem multimedia dengan smart link. Ciri-ciri ini juga sudah terdapat pada model Bezza.

Selain itu, rekaan baharu luaran yang dilihat setanding dengan jenama terkenal dan lampu hadapan projektor baharu akan meyakinkan pembeli. Didatangkan dengan enam pilihan warna, tetapi kita kehilangan warna cherry blossom dan lemon grass green.

Axia facelift bakal dilancarkan pada hari Jumaat 20 Januari 2017 iaitu sama tarikh dengan Karnival MYPerodua Nation Di Aeon Mall Shah Alam. Bagi pengenalan harga pula, ia akan diumumkan pada 13 Januari ini yang mana menurut sumber ia bermula RM24,900 hingga RM42,900 dengan waranti 5 tahun.





Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger