Naza Quest Perluas Rangkaian Syarikat Pengedar Chevrolet Tahun Ini


Naza Quest Sdn Bhd, pengedar dan pengimport tunggal kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia, merancang untuk memperluaskan rangkaian perniagaannya di negara ini pada tahun ini.

"Kami sedang mencari rakan kongsi perniagaan yang baharu yang mahu berjaya dan berminat untuk berkembang dengan yang terbaik.

"Inisiatif pengembangan tempatan kami termasuk meningkatkan jumlah Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) Chevrolet di seluruh negara, selain 24 pusat jualan dan servis kami yang sedia ada," menurut Naza Quest dalam kenyataan hari ini.

Katanya syarikat juga akan mempunyai liputan serantau yang lebih baik untuk memberi pengalaman perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan pelancaran produk baharu dan menarik pada 2017.

Naza Quest Sdn Bhd adalah anak syarikat NAZA Motor Trading Sdn Bhd, merupakan sebahagian daripada Naza World Group of Companies.

Syarikat itu kini mengedar jenama Chevrolet seperti Cruze, Captiva, Colorado, Orlando, Sonic dan Malibu.

-- BERNAMA  
 
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger