Motorsikal Kapchai Mungkin Dihalang Memasuki Pusat Bandar Kuala Lumpur


Motosikal kecil (kapchai) mungkin diharamkan di Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka telah melihat melarang motosikal ini dan menghalang penumpang daripada memandu ke Kuala Lumpur jika pengangkutan disediakan pada harga yang berpatutan.

“Pada waktu siang, penduduk(dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta dimana mereka berulang alik ke pusat bandar untuk bekerja. 

"Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai.

“Hasil kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya(motosikal) kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah (untuk membeli kenderaan lain).

"Apabila ada tambang kenderaan awam yang lebih murah, kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya.

Beliau berkata bahawa motosikal ini juga telah digunakan oleh pencuri kes ragut di bandar.

Mengenai pengharaman beg plastik dan bekas polistirena, Tengku Adnan berkata, pihak Kementerian bercadang untuk bertindak sebagai pembekal produk-produk terbiodegradasikan untuk peniaga-peniaga.

Beliau berkata langkah itu bagi mengurangkan beban pengguna.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger