Malaysia Capai Kedudukan Kedua Terbesar Penguasaan Pasaran Honda Di Dunia


Honda Malaysia mencapai kedudukan kedua terbesar bagi penguasaan pasaran dalam kalangan operasi global Honda pada 2016, setelah berjaya menjual sebanyak 91,830 kenderaan.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Katsuto Hayashi berkata pencapaian tersebut berikutan prestasi yang kukuh tahun lepas.

Beliau berkata Honda Malaysia menjadi jenama bukan nasional yang pertama mencapai kedudukan kedua dalam Jumlah Keseluruhan Industri di Malaysia pada 2016.

"Honda Malaysia mengakhiri 2016 dengan penguasaan pasaran sebanyak 15.8 peratus dan 91,830 unit berjaya dijual, melepasi sasaran awal sebanyak 90,000 unit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Melalui pencapaian ini, Malaysia berjaya mencatat penguasaan bahagian pasaran kedua tertinggi dalam kalangan operasi global Honda selepas Indonesia, menurut Honda Malaysia kepada Bernama dalam kenyataan berasingan kepada Bernama.

Honda Malaysia hari ini melancarkan model terbaharunya, BR-V (Bold Runabout Vehicle) dan menetapkan sasaran jualan bulanan sebanyak 800 unit atau 9,600 unit setahun.

Model 'crossover' yang mempunyai tujuh tempat duduk itu mengguna kuasa enjin 1.5L i-VTEC (Kawalan Pemasaan Injap Pembolehubah Pintar dan Kawalan Penggerakan Elektronik) dengan kotak gear CVT (Transmisi Pembolehubah Berterusan) yang dibangunkan di bawah 'Teknologi Impian Bumi Honda' bagi mempertingkatkan penjimatan bahan api dan memberi prestasi pemanduan yang lebih baik.

Honda BR-V serba baharu ditawarkan dalam dua varian, iaitu model E dan V.

Varian E dijual pada harga RM85,800 (atas jalan dengan insurans) manakala varian V berharga RM92,800 (atas jalan dengan insurans).

-BERNAMA


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger