Laluan Kontra Terowong Genting Sempah Bagi Tujuan Pembaikan

[klik untuk besarkan imej]

Mulai 10 Januari 2017, Terowong Genting Sempah (kedua-dua hala) akan diselenggara secara berperingkat. Laluan kontra akan DIAKTIFKAN sepanjang kerja-kerja dijalankan dari jam 8 pagi - 5 petang selama 2 bulan.‬

‪Laluan di Terowong akan DIBUKA seperti biasa selepas jam 6 petang. Kerja-kerja akan DIHENTIKAN pada musim perayaan. Sila patuhi arahan trafik dilokasi.‬

Sila ikuti perkembangan rasmi terkini LPT di Twitter @LPTTrafik & FB di Lebuhraya Pantai Timur.

Hati-hati memandu dan berikan sepenuh perhatian sepanjang pemanduan.

INFO TAMBAHAN

Bersempena cuti musim perayaan TAHUN BARU CINA dan THAIPUSAM, kerja-kerja penyelenggaraan di Terowong Genting Sempah akan DITANGGUHKAN seketika bermula 20 Januari 2017 (Jumaat) sehingga 13 Februari 2017 (Isnin) bagi melancarkan perjalanan para pengguna untuk pulang ke kampung halaman.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger