Axia 2017 Kini Dibuka Untuk Tempahan


Menjelang hari pelancaran Axia 2017, semakin banyak maklumat mengenainya tersebar di internet. Biarpun imej yang terpapar tidaklah begitu terbaik namun ia jelas menunjukkan Axia 2017 ini mengalami perubahan yang cukup banyak di luar dan dalam. Walaubagaimanapun Perodua kini mendedahkan sedikit maklumat rasmi dan tempahan juga telah dibuka bermula hari ini.

Bagi varian SE dan Advance, dengan projector headlamp yang baru beserta gril bersama chrome bar sedikit tebal atas bawah logo menampakkan ciri yang lebih moden dan teguh. Ini kerana pembeli pasti akan melihat sudut ini terlebih dahulu sebelum melihat bahagian lain. Bahagian foglamp juga diberi kemasan chrome untuk menambahkan lagi ciri-ciri sebuah kereta kecil premium.

Bagi varian E dan G pula, turut menerima projector headlamp sama seperti varian atas cuma bahagian gril ia tidak mendapat chrome bar berkembar, ia hanya ada satu melintasi logo. Selain itu varian ini tanpa foglamp dan tanpa kemasan pada ruangnya tetapi rekaan bumper adalah sama. Mungkin tiada masalah untuk upgrade menjadi SE dan Advance.

Seperti yang kita lihat, sport rim varian SE dan Advance mengikut tren semasa dan nampak amat sesuai. Rim untuk varian E dan G kelihatan kecil sedikit. Terdapat perubahan pada pintu bonet belakang, ia kini ada pembuka pintu untuk semua varian manakala rekaan bumper belakang masih mengikut varian semasa.

Bahagian interior pula mempunyai monotone dark grey dengan kemasan silver satin dan rekaan bangku yang lebih selesa. Selain itu bagi varian Advance, bahagian multimedia mempunyai android smart link audio.

Axia 2017 ini menerima enjin EEV 1.0 liter VVT-i, mempunyai butang mula/henti enjin, sistem akses pintar dan sistem multimedia dengan smart link. Ciri-ciri ini juga sudah terdapat pada model Bezza. Seperti yang kita tahu enjin baru ini lebih jimat, prestasi lebih baik, kurang gegar dan lebih senyap. Bagi enjin dengan gear manual ia mampu mencapai 22.5 km/L dan 21.6 km/L.

Dengan tagline 'Kini Lebih Bijak', Axia 2017 nampaknya menerima beberapa pembaharuan. Axia 2017 bakal dilancarkan pada hari Jumaat 20 Januari 2017 iaitu sama tarikh dengan Karnival MYPerodua Nation Di Aeon Mall Shah Alam. Bagi pengenalan harga pula, ia bermula RM24,900 hingga RM42,900 dengan waranti 5 tahun. Varian 1.0 E (Manual) – RM24,900, Varian 1.0 G (Manual) – RM34,900, Varian 1.0 G (Automatik) – RM36,900, Varian 1.0 SE (Manual) – RM37,900, Varian 1.0 SE (Automatik) – RM39,900 dan Varian 1.0 Advanced (Automatik) – RM42,900













Share this article :

+ comments + 1 comments

3 Mei 2017 10:08 PTG

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Anita Jones, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (anitajones154@gmail.com)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger