Kenderaan SUV Haval M4 Kini Dikenali Haval H1


Kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval M4 kini secara rasmi dikenali sebagai Haval H1 dalam usaha melonjakkan reputasi jenama itu di pasaran antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Auto Group of Companies, Ahmad Azam Datuk Sulaiman berkata, sebagai pembuat dan pengedar tunggal SUV Haval di Malaysia, penjenamaan semula Haval M4 kepada H1 juga diharap dapat mengukuhkan lagi jenama Haval dalam pasaran Malaysia.


“Go Auto juga mencatat sejarah dalam industri automotif tempatan apabila menjadi syarikat pertama dianugerahkan lesen pembuatan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan dua model kami iaitu Haval H1 dan H2 turut menerima pengiktirafan EEV daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran model SUV Haval H1 di sini hari ini. 


Haval M1 hadir dengan tiga varian iaitu Comfort, Premium dan Elite pada harga jualan bermula pada harga atas jalan RM61,950 sehingga RM75.353 sebuah. 


Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal.

-Utusan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger