Kenderaan Asing Masuk Singapura Akan Dicaj


Kenderaan warga asing akan dikenakan bayaran Perjalanan Pergi Balik (RRC) sebanyak S$6.40 (RM19.98) setiap memasuki republik ini berkuatkuasa mulai 15 Februari ini.

Pengumuman yang dibuat oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini melibatkan dua pintu masuk ke Singapura iaitu di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

Portal Straits Times melapor­kan, pengenaan bayaran itu me­nyamai nilai bayaran sebanyak RM20 yang dikenakan kerajaan Malaysia terhadap mana-mana kenderaan asing yang memasuki Johor berkuat kuasa 1 November tahun lepas.

Menurut LTA, kadar bayaran itu akan dikutip bersama-sama dengan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), bayaran tol dan yuran perjalanan tetap secara elektronik (ERP) sebaik sahaja kenderaan melepasi ke­dua-dua pusat pemeriksaan tersebut.

Katanya, papan tanda juga te­lah diletakkan bagi mengingatkan penunggang motosikal supaya membuat bayaran menggunakan Kad Autopass atau CashCard masing-masing di pusat kawalan imigre­sen berkaitan.

Sejak 1 Ogos lalu, LTA me­ngenakan denda yang lebih ‘keras’ kepada mana-mana penunggang motosikal yang mengelak daripada membayar tol atau sebarang bayaran yang berkaitan
Pesalah kali pertama yang ditahan perlu melunaskan denda sebanyak S$50 (RM156) manakala kesalahan berulang pula akan dikenakan denda sebanyak S$100 (RM312).

Pada masa yang sama, mana-mana penunggang yang enggan membayar denda tersebut pula mungkin dihadapkan ke mahkamah.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikompaun sehingga S$1,000 (RM3,121) atau penjara tidak melebihi tiga bulan untuk kesalahan kali pertama.

-Utusan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger