Had Laju Dikurangkan 10km/j Sempena Tahun Baru Cina 2017


Had laju kenderaan akan dikurangkan sebanyak 10km/sejam bagi jalan persekutuan dan negeri dalam operasi Ops Bersepadu sempena Tahun Baru Cina.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, had laju akan diturunkan kepada 80km/sejam bagi jalan persekutuan dan 70km/sejam untuk jalan negeri dalam operasi bermula 21 Januari hingga 5 Februari depan.

Katanya, kenderaan besar akan dilarang daripada menggunakan lebuh raya pada 26, 27, 31 Januari dan 1 Februari.

“Pada tahun lepas, bilangan kematian disebabkan oleh kemalangan meningkat kepada lebih 7,000 kes.

“Ini amat membimbangkan. Statistik akan kekal statistik jika kita semua tidak mengambil sebarang langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

-Ismaweb
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger