Anih Berhad Tawar Diskaun Tol Sempena Tahun Baharu Cina


Semua pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) yang membuat bayaran tol secara elektronik akan menikmati diskaun 10 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Pengarah Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, diskaun tol bagi pengguna ke­dua-dua lebuh raya terbabit ditawarkan selama 24 jam bermula pukul 12 tengah malam pada 28 Januari ini.

Jelasnya, pihaknya turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna merancang dan menikmati perjalanan yang selesa ke Pantai Timur pada musim perayaan.

”Apabila pengguna mematuhi TTA, secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan kenderaan bertembung pada satu masa yang sama di plaza tol khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga boleh menyebabkan kesesakan.

”TTA memainkan peranan penting dalam membantu menyuraikan trafik di lebuh raya kerana peningkatan jumlah kenderaan di lokasi yang turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas pada musim perayaan khususnya waktu puncak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger