Tempahan Persona Melebihi 15,000 Unit Dan Saga Melebihi 6,000 Unit


Seolah-olah kembali berada di zaman kegemilangannya, sambutan hangat yang luar biasa diterima oleh Proton setakat ini adalah terhadap model Persona dan Saga sejak ia dilancarkan. Permintaan luar biasa terhadap model Saga generasi ketiga kini telah melebihi 6,000 unit walaupun baru tiga minggu dilancarkan terutama bagi varian standard yang merupakan paling banyak ditempah.

Model Persona pula meneruskan rentak cemerlang apabila terus mendapat tempahan. Angka tempahan kini sudah melepasi 15,000 unit. Sebanyak 4,500 unit Persona telah diserahkan dan 1,000 unit sudah diserahkan bagi model Saga kepada pengguna. Jumlah tempahan dan serahan dilihat berjurang besar kerana faktor masa kelulusan bank.

Data jualan ini menunjukkan Proton berjaya melepasi sasaran sebenar bagi sebulan iaitu 4,000 unit bagi Persona dan 5,000 unit bagi model Saga. Faktor yang mendorong kepada minat pembeli antaranya adalah enjin VVT dan keselesaan kabin yang cukup baik bagi kedua-dua model berkenaan. Selain itu penambahbaikan daripada model terdahulu ditambah pula faktor harga yang sangat berbaloi berbanding pesaing.


Share this article :

+ comments + 8 comments

Tanpa Nama
18 Oktober 2016 12:43 PTG

tahniah Proton!

Tanpa Nama
18 Oktober 2016 12:46 PTG

saya sudah test drive saga. saga lebih senyap banding persona.

Tanpa Nama
18 Oktober 2016 2:28 PTG

persona mantap dari saga tp persona sedikit bising

9 November 2016 10:51 PG

keren

9 November 2016 10:52 PG

dahsyat

9 November 2016 10:52 PG

penjualan spektakuler

9 November 2016 11:30 PG

yees

Tanpa Nama
1 Mac 2017 6:16 PTG

Hebat

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger