SPYSHOTS : Proton Ertiga!!!


Kelibat model MPV terbaru Proton hasil kerjasama Proton dan Suzuki mula tersebar di media sosial. Imej pandangan sisi dan belakang tanpa pelekat penyamaran telah berjaya dirakamkan pada kali ini. MPV kompak pertama keluaran Proton ini yang diletakkan dalam segmen B dijangka menemui pelanggan pada Oktober tahun ini.

MPV ini diperkenalkan oleh Suzuki pada 2012, dengan enjin petrol 1.4 VVT dan enjin diesel 1.3 multijet dari Fiat. Walaubagaimanapun di Malaysia, MPV ini dijangka menggunakan enjin petrol 1.4 buat permulaan pengeluarannya dengan padanan kotak gear 5 kelajuan manual dan 4 kelajuan automatik.

Di Indonesia, ia dikenali dengan nama Ertiga di mana ia bermaksud R-Tiga; R adalah 'Row' dan tiga adalah 3 barisan tempat duduk sebagai sebuah MPV. Ertiga ini berkongsi platform dengan model Swift dan SX4 di mana saiz MPV ini mempunyai jarak roda 2740mm, panjang 4265mm, lebar 1685mm, tinggi 1695mm dan berat 1180kg. 

Jika dibandingkan dengan pesaing terdekat seperti Perodua Alza yang bersaiz jarak roda 2750mm, panjang 4205mm, lebar 1695mm, tinggi 1620mm dan ini bermakna Ertiga lebih panjang dan lebih tinggi dan sedikit kurang lebar berbanding Alza. Perbandingan enjin pula tidak ketara kerana Alza menggunakan enjin 1.5 dan Ertiga 1.4.


Jarak Roda
Panjang
Lebar
Tinggi
Enjin
Ertiga
2740mm
4265mm
1685mm
1695mm
1.4cc
Alza
2750mm
4205mm
1695mm
1620mm
1.5cc

Berdasarkan spyshots ini, Proton MPV kompak ini adalah berdasarkan model Ertiga facelift terkini keluaran Suzuki di Indonesia cuma terdapat beza penambahan lampu kabus di bahagian bawah bumper. Di bahagian hadapan juga mungkin rekaan Ertiga facelift dan untuk mendapatkan rupa Ertiga Dreza tidak dapat dipastikan.

Desas desus sebelum ini mengatakan Proton akan menggunakan nama Ertiga sepertimana pada keluaran Suzuki namun ia masih tiada jawapan untuk ini. Proton Ertiga ini akan dibekalkan oleh pihak Suzuki Indomobil Sales (SIS), Indonesia dalam bentuk penguraian kit CKD untuk dipasang di Malaysia di bawah nama Proton.

Proton Ertiga adalah model ke empat yang bakal dilancarkan pada tahun ini selepas pengenalan Perdana hasil kerjasama Honda, model popular Persona dan model terlaris iaitu Saga. Terdapat juga khabar angin mengatakan Proton bakal memperkenalkan model SUV pertama dan jika Ertiga ini mendapat sambutan, model Vitara adalah mungkin pilihan SUV tersebut.




Share this article :

+ comments + 11 comments

Tanpa Nama
17 Oktober 2016 12:30 PTG

dah keluar nanti boleh dah order bumper depan dreza. mantap siot kalau proton ambik design depan tu.

Tanpa Nama
17 Oktober 2016 12:48 PTG

kalau dapat lawan harga alza mmg boleh win ertiga ni. apepun tahniah proton, anda semakin celik melihat persaingan.

Tanpa Nama
17 Oktober 2016 12:50 PTG

nampak seperti tidak menerima signal side mirror. signal ada di fender. apa salahnya pakai je part exora atau saga signal mirror?

Tanpa Nama
17 Oktober 2016 1:05 PTG

klau dapat harga 50k. terbaik.

Tanpa Nama
17 Oktober 2016 2:39 PTG

saya rasa ada sedikit kelainan pada bumper depan belakang.

Tanpa Nama
17 Oktober 2016 5:02 PTG

proton nampak improvement sejak akhir2 ini. harap after sales tidak mengecewakan pengguna. syabas proton telah keluarkan perdana, persona, saga dan akan datang ertiga.

18 Oktober 2016 9:18 PG

Bila pelancarannya ye?

1 November 2016 3:06 PTG

keren tampilan belakangnya

1 November 2016 3:09 PTG

d tunggu keluarnya

1 November 2016 3:10 PTG

minat tuh bagus

1 November 2016 3:12 PTG

cocok buat sekeluarga

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger