Malaysia Laksana Projek Perintis Sistem Penghadang Jalan Beroda Di Subang Selangor


Malaysia sedang menjalankan projek perintis bagi mengurangkan impak kemalangan jalan raya dengan memasang sistem penghadang jalan keselamatan beroda di Su­bang, Selangor.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagi melaksanakan projek tersebut, pihaknya memilih menggunakan kepakaran teknologi dari Korea Selatan yang menjadi perintis terhadap sistem tersebut di negara berkenaan.

Katanya, projek berkenaan akan melalui tempoh percubaan selama dua tahun sebelum dinilai dan dipertimbangkan untuk diperluaskan ke jalan raya yang lain.

“Ada beberapa perkara yang boleh diambil untuk diaplikasikan di negara ini. Ada yang boleh diambil untuk menjadi projek perintis seperti penghadang jalan beroda dan kita akan laksanakan di Subang iaitu dipasang di kawasan yang penuh sesak.

“Cabaran di Malaysia apa sahaja yang kita buat akan menghadapi masalah vandalisme. Nanti, apabila kita sudah pasang benda yang cantik, janganlah dirosakkan. Curi walaupun satu nat boleh memberi bahaya kepada pengguna jalan raya dan boleh jadi kemalangan maut,” katanya kepada pemberita selepas me­rasmikan Kongres dan Pameran Serantau Asia Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) Ke-2 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Share this article :

+ comments + 1 comments

proyek yang bagus sekali

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger