VPCM Dilantik Pengedar Rasmi Kenderaan Volkswagen Di Malaysia


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Sdn Bhd akan menjadi pengedar rasmi kenderaan Volkswagen di pasaran dalam negara.

VPCM diuruskan oleh pakar peruncitan automotif dari Eropah, Porsche Holding Salzburg, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat selepas satu siri langkah penggabungan dilakukan sejak enam bulan lepas oleh Volkswagen Malaysia.

Alin Tapalaga, seorang daripada Pengarah Urusan yang menerajui VCPM, berkata syarikat akan menambah rangkaian model komponen terurai dan terus mengimport model siap bina ke dalam negara ini.

Mengenai masa depan, Volkswagen Group Malaysia akan memberi tumpuan kepada kepentingan perniagaannya di Malaysia iaitu jenama Audi dan operasi pemasangan tempatan di Pekan, Pahang.

Sementara itu, VPCM akan memperkenalkan jaminan pengilang selama lima tahun untuk semua kenderaan Volkswagen yang dibeli mulai 1 Sept dan juga akan melancarkan dua model penting syarikat iaitu Jetta baharu dan Passat serba baharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger