Menghampiri hari yang dinanti, Pelancaran Saga generasi ketiga hujung bulan ini, beberapa imej semakin banyak tersebar. Kali ini imej semakin jelas dan lebih dekat berjaya dirakamkan. Imej dashborad juga telah diperoleh. Pada bahagian dashboard terdapat perubahan akhir rekaan yang mana terdapat bahagian tertentu menggunakan bahagian Exora. Stereng juga dilihat adalah Exora.
Bahagian luaran, hadapan mengikut rekaan misai seperti Persona baru. Rekaan lampu dan gril tampak moden dan eksklusif seperti jenama eropah. Dibahagian belakang terdapat fog lamp di bahagian bumper. Ciri-ciri ini dilihat asas kepada semua varian. Dari segi keselamatan yang asas adalah airbag, sensor parkir depan dan belakang.
Pandangan kasar mengenai Saga 2016, ia nampak lebih kemas untuk sebuah sedan berbanding Saga FLX. Walaupun ada banyak lagi ciri-ciri menarik yang belum dinyatakan, harga yang ditawarkan dianggarkan sekitar RM30K hingga RM45K sepadan dengan kehendak segmen A di negara kita. Proton Saga 2016 akan dijanakan oleh enjin Campro 1.3 VVT dengan padanan kotak gear CVT.
+ comments + 13 comments
dashboard tgh mcm oldschool sgt...
sepadan dgn harga yg dijangka lbh murah dr bezza.
sangat terbaik proton tahun ini
1.3 vvt iriz. sangat terbaik.
1.3 vvt iriz. sangat terbaik.
dari pandangan sisi nampak cantik pulak saga ni.
masuk rim iriz mesti nampak garang
dlm kacuk mcm2. sekali pandang mcm iriz/persona. stereng exora.
mirip mustang
gaya keren untuk sport
siap garang di pasaran
proton saga adalah kereta terbaik proton sejak dulu lagi
Saga 2016 Kereta sedan Segment-A terbaik dari segi interior dan exterior.. Tapi masih tidak dapat menandingi sedan segment lain..
Catat Ulasan