Spyshots : Interior Proton Saga Terdedah! - Bakal Dilancar Pada 28 September 2016

[klik untuk besarkan imej]

Menanti 28hb September ini, iaitu hari pelancaran rasmi Proton Saga generasi ketiga pada jam 2 petang pada hari tersebut, satu lagi kejutan diterima iaitu interior yang cukup jelas bagi model kegemaran ini. Interior Saga baru sangat baik dan satu perkara yang pembeli pernah pertikai sebelum ini, emblem logo Proton sudah ada pada stereng walaupun model paling kecil seperti Saga di segmen A.

Nampak lebih detail berbanding Saga FLX, beberapa penambahbaikan kita dapat lihat. Jika diperhatikan, stereng dan sistem multimedia double din adalah dari Exora Bold manakala gear knob, adalah dari Iriz. Dashboard seakan dikecilkan dari model Exora dan bahagian laci sedikit inspirasi dari Iriz. Bahagian handbrake dan tapak gear knob masih dari Saga lama.

Beberapa ciri keselamatan dapat dilihat terutama pada barisan butang-butang di tengah seperti ABS, sensor depan dan paling menarik adalah back mirror disertakan sekali dengan camera ketika undur sama seperti model Exora. Panel meter masih mengekalkan dari Saga FLX, nampaknya menghampakan harapan semua pengunjung blog ini rata-rata mahukan panel meter Iriz atau Preve.

Bagi bahagian doortrim pula, ia mengikut rekaan Iriz dan Persona baru di mana panel suis diletakkan pada pintu seperti suis power window dan suis cermin sisi berbanding Saga FLX. Sekali imbas, ia sebenarnya berbeza terutama lubang aircond yang tidak lagi bulat seperti dulu, ia petak keseluruhannya.

Proton Saga generasi ketiga menerima 4 bintang ASEAN NCAP, dengan markah 13.33 daripada 16.00 mata perlindungan penghuni dewasa. Dalam bidang perlindungan penghuni kanak-kanak, ia mencapai 71 peratus, juga meletakkan ia dalam lingkungan 4 bintang. Keadaan ini lebih baik dari Saga FLX yang hanya memperoleh 3 bintang. Saga FLX+ diuji pada tahun 2013, kereta itu peroleh mata 10.23 dalam perlindungan dewasa - tiga bintang. Perlindungan penghuni kanak-kanak sebanyak 48 peratus, sementara itu, hanya mampu meletakkan ia dalam lingkungan  dua bintang bagi perlindungan kanak-kanak.

Proton Saga 2016 dijangka dijual dengan julat harga antara RM32000 hingga RM47000 iaitu di bawah paras harga Persona baru dan lebih murah berbanding pesaing terdekat Perodua Bezza. Saga 2016 akan dijana oleh enjin Campro 1.3 VVT dengan padanan gear CVT yang dikemaskini seperti Persona baru.

untuk lihat lebih banyak gambar Saga KLIK SINI


Share this article :

+ comments + 5 comments

Tanpa Nama
23 September 2016 1:06 PTG

terbaik. kereta harga bajet tapi eksklusif

27 September 2016 12:17 PTG

keren juga

27 September 2016 12:20 PTG

nyaman jug interiornya

27 September 2016 12:21 PTG

proton sip

1 Oktober 2016 3:01 PG

Untuk Kereta sedan segment-A Saga 2016 memang terbaik..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger