Rupa Hadapan Proton Saga 2016 Mula Kelihatan!


Walaupun beberapa minggu yang lepas telah tersebar rupa bentuk Proton Saga 2016, tetapi masih ramai yang belum berasa puas dan kurang jelas melihat rupa hadapan model kegemaran ini. Imej ini mula dimuatnaik di FB Proton Saga [2016] Community (Malaysia).

Rekaan hadapan yang nampak cool dan macam mahal seakan Vento, serta mempunyai rekaan misai bagi ruang masuk udara seperti Persona 2016, dan saya yakin ia pasti akan menjadi pilihan paling panas tahun ini.

Jika lihat pada gambar, Saga ini mungkin bukan varian paling atas kerana ia tanpa lampu kabus dan cermin sisi tanpa warna badan serta tiada bodykit. Saga 2016 akan dijana oleh enjin Campro 1.3 VVT dengan padanan gear CVT yang dikemaskini seperti Persona baru.

Bakal dilancarkan hujung bulan ini, Saga 2016 merupakan model generasi ketiga Saga dan diletakkan dalam segmen A, harga dijangka sekitar RM30K hingga RM45K yang mana ia merupakan kenderaan mampu milik bagi segenap rakyat di negara kita.







Share this article :

+ comments + 17 comments

Tanpa Nama
14 September 2016 12:10 PTG

yup mcm vw vento. nampak spt shape lbh elok dr persona dan bezza

Tanpa Nama
14 September 2016 12:21 PTG

dengar kata takde hpf. masih guna body saga yg lama. radio exora.

Tanpa Nama
14 September 2016 12:45 PTG

kalau harga boleh rendah lagi dari bezza, memang panas la pasaran saga baru ni..

Tanpa Nama
14 September 2016 12:51 PTG

macam cantik saga dr persona

Tanpa Nama
14 September 2016 1:08 PTG

sangat cantik. bezza bontot tinggi nampak pelik.

Tanpa Nama
14 September 2016 1:53 PTG

3 point bagi mounting engine.

Tanpa Nama
14 September 2016 2:28 PTG

kabin lebih besar banding saga lama, bonet pun lebih luas tapi tidak besar macam persona.

Tanpa Nama
14 September 2016 2:32 PTG

harapan proton selain persona untuk kembali gemilang. saga 2016. pendapat saya saga 2016 nampak lebih kemas dari saga flx.

Tanpa Nama
14 September 2016 2:34 PTG

adakah imej misai adalah identiti proton yang baru? hihihi.

Tanpa Nama
14 September 2016 2:36 PTG

proton buatlah saga aeroback kembali...

Tanpa Nama
14 September 2016 2:38 PTG

saga ada eco mode tak?

Tanpa Nama
15 September 2016 1:25 PTG

nak tengok saga ni dulu baru buat keputusan saga,bezza atau persona

Tanpa Nama
15 September 2016 4:51 PTG

selamat maju jaya Proton!

17 September 2016 10:13 PG

cukup keren

17 September 2016 10:14 PG

boleh di adu di pasaran

17 September 2016 10:15 PG

rupa yang menawan

1 Oktober 2016 3:29 PG

Saga 2016 sudah dilancarkan tetapi bodykit seperti gambar diatas belum diperkenalkan..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger