PLUS Tawar Rebat 20 Peratus Untuk Pembayaran Tol Secara Elektronik Sempena Aidiladha Dan Hari Malaysia



Pengguna rangkaian lebuh raya PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) yang membayar tol secara elektronik berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Hari Raya Aidiladha dan Hari Malaysia yang akan datang.

Menurut Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Malaysia Berhad, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid, "Pengguna Kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) yang membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu menerusi kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go dan SmartTAG berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 12 September (Isnin) dan 16 September (Jumaat) akan datang bersempena dengan Hari Raya Aidiladha dan Hari Malaysia."

Menurut Noorizah, untuk perjalanan pada 12 September dan 16 September ini, pengguna sistem elektronik masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat tol 20 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad Touch 'n Go atau kad PLUSMiles masing-masing (dalam bentuk tambah nilai) di antara 15 Oktober 2016 sehingga 14 Januari 2017 akan datang di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

Pemberian rebat tol oleh PLUS ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dan Hari Malaysia yang akan datang. Selain itu, ia adalah di antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas dan bagi mengagihkan trafik.

"Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari dan tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja," jelas Noorizah.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS turut menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 15 peratus kepada 1.6 juta kenderaan setiap hari di antara 9 September hingga 19 September 2016 bersempena perayaan tersebut berbanding 1.4 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

Info Cadangan Waktu Perjalanan PLUS KLIK SINI

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


Share this article :

+ comments + 1 comments

11 September 2016 11:03 PTG

Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda berminat untuk mendapatkan jenis pinjaman? Atau adakah anda bimbang kewangan ?. Adakah anda mempunyai hutang untuk membayar? Kami memberi pinjaman kepada mana-mana bahagian dunia, kadar faedah pinjaman kami adalah 2% setiap annul tempoh dirundingkan tanpa mengira lokasi atau status kredit. Untuk mendapatkan pinjaman hari ini hubungi kami melalui syarikat alamat e-mel di: Theresaloancompany@gmail.com

NOTA: Kami memberi maksimum (USD100,000.00 $ / €) ETC Permintaan Kredit mestilah dinyatakan dalam dolar AS atau EURO, rupiah, RM dan apa-apa wang yang digunakan lain.

pencari pinjaman yang berminat untuk mengisi borang permohonan pinjaman di bawah perjanjian itu ..

(MAKLUMAT PEMINJAM)

Nama penuh:......................
AGE .............................
STATUS PERKAHWINAN ..................
Alamat: ...........................
Negara ....................................
Negara ...................................
Telefon: .....................................
E-mel: .....................................
Pekerjaan: ................................
Pendapatan bulanan: ............................
Agama: ..................................
Jumlah Diperlukan sebagai pinjaman: .....................
Tempoh Pinjaman: .............................
Tujuan pinjaman: ................................
Jaminan: ................................
Adakah anda memohon pinjaman sebelum ini?
Adakah anda bercakap atau mendengar bahasa Inggeris? .............................

Terima kasih kerana kami menanti Response pantas anda, kami bersedia untuk melayani anda.
Theresa Pinjaman Syarikat Pinjaman Limited

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger