Mitsubishi Yakin Jual 12,000 Kenderaan Pada 2016


Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd (MMM) yakin dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 12,000 unit tahun ini, melepasi jualan tahun lepas sebanyak 10,344 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif Yang Won-Chul berkata setakat Julai, MMM telah menjual kira-kira 6,000 kenderaan dan tiga model pilihan utama ialah Triton, kenderaan utiliti sukan kompak ASX dan Outlander.

"Triton merupakan model paling laris dan menguasai hampir 50 peratus jumlah jualan, diikuti dengan ASX, Outlander dan model lain.

"Berikutan pelancaran Triton MIVEC baru-baru ini, kami menyasar untuk menjual purata 1,000 unit model ini sebulan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Pusat 3S (jualan, penyelenggaraan dan alat ganti) Mitsubishi di sini, Rabu.

Pusat berkenaan merupakan bilik pameran ke-55 Mitsubishi, dikendalikan oleh pengedar sah MMM, Sin Kwung Jidosha Sdn Bhd di Jalan Chan Sow Lin.

Bilik pameran seluas 30,000 kaki persegi itu melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta.

Mengenai industri automotif, Yang berkata prospeknya kekal mencabar pada separuh kedua tahun ini setelah jumlah keseluruhan industri (TIV) susut hampir 10 peratus pada separuh pertama.

"Walaupun kami tidak menjangka industri akan lebih baik pada separuh kedua tahun ini, MMM tetapi mengekalkan jualannya," katanya.

Bagi meningkatkan jualan, Yang berkata MMM akan meneruskan pelbagai promosi dan memperkenalkan model yang diperbaharui dan ditambah baik.

Beliau berkata MMM merancang untuk membuka beberapa pusat 3S dalam tahun kewangan semasa.

Kini terdapat 55 bilik pameran dengan 47 daripadanya merupakan pusat 3S serta 53 pusat penyelenggaraan di seluruh Malaysia.

-- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 4 comments

14 Oktober 2016 11:57 PG

tampang yang gagah bikin bangga

14 Oktober 2016 11:58 PG

postur tinggi banyak di minati

14 Oktober 2016 11:59 PG

mitsubishi jago di type coldbax

14 Oktober 2016 12:00 PTG

di carryjuga banyak di minati

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger