Mekah : Tren MMMSL Selesai Operasi Percubaan, Sedia Berkhidmat


Tepat jam 6 petang, tanggal 5 September 2016 bersamaan dengan 3 Zulhijjah 1437H dan selepas lebih sebulan menjalankan latihan simulasi 24 jam sehari, perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddasah Metro Southern Line menamatkan operasi percubaan sebelum melengkapkan diri untuk operasi sebenar pada Jumaat ini.

Diadakan setiap hari kecuali pada hari Jumaat sejak 3 Ogos lepas, pergerakan tren dijalankan terus menerus siang dan malam mengikut simulasi berdasarkan lima format pergerakan khusus yang bakal bermula pada awal pagi 9 Disember ini.

Operasi percubaan diakhiri dengan format pergerakan yang kelima atau Pergerakan E, yang merupakan perjalanan untuk hari-hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, dengan melibatkan 12 tren dan hanya berhenti di lima daripada sembilan stesen-stesen MMMSL – Arafat 3, Muzdalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Mina 3, atau Jamarat, yang berdekatan dengan tempat ibadat melontar.

Dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Kawalan Operasi atau Operation Control Centre (OCC) di Depoh MMMSL di Arafah, simulasi operasi tanpa henti itu berjalan untuk lebih 670 jam melibatkan kesemua 15 set tren 12-gerabak, yang akan digunakan untuk operasi berkenaan.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kami telah melaksanakan simulasi untuk kelima-lima format perjalanan yang bakal digunakan untuk operasi sebenar nanti. Kami bekerja siang dan malam dan kami sudah bersedia untuk operasi haji, yang akan bermula pada 7 Zulhijjah ini,” kata Ketua OCC MMMSL, Mohd Affandi Raduan, yang mengumumkan berakhirnya operasi percubaan berkenaan melalui pembesar suara tepat pada pukul 6 petang semalam (5 September).

Bertanggungjawab untuk kelicinan operasi di pusat yang menjadi nadi kepada operasi menyeluruh MMMSL, Affandi dibantu oleh 27 staf lain termasuk 21 staf.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger