Jeep Cherookee Terbakar Ketika Galaxy Note 7 Sedang Dicas


Sebuah keluarga di Florida kehilangan sebuah Jeep Cherokee akibat terbakar kerana telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 yang dicas dalam kenderaan tersebut didakwa meletup sehingga mengakibatkan kebakaran pada Isnin yang lalu.

Mengikut Fox 13, Nathan Dornacher dan isterinya Lydia, mereka telah mengunjungi jualan garaj di St. Petersburg, Florida pada hari buruh dengan anak perempuan dan anjing mereka. Mereka berhenti di rumah untuk memunggah barang dan telefon tersebut sedang dicaj dalam konsol Jeep itu. Apabila keluarga itu pergi meninggalkan kereta mereka untuk menjalankan tugas yang lebih banyak, mereka terkejut melihat bahawa dalaman Jeep telah dipenuhi asap hitam tebal dan mula keluar dari ruang-ruang panel.

Pihak Bomba St. Petersburg telah cuba menyelamat tetapi ia adalah terlalu lewat untuk Cherokee itu. 
Galaxy Note 7 telah mendapat reputasi yang kurang baik sejak pelancarannya pada bulan Ogos. Samsung telah tarik balik telefon itu di sepuluh negara selepas 35 kes Galaxy Note 7 mengalami kerosakan.

Walaupun berita ini melibatkan sebuah jenama telefon bimbit terkenal, anda juga harus berwaspada apabila mengecas sebarang jenis telefon di dalam kenderaan anda. Jangan sampai overload :-)


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger