IMPRESI PERTAMA : Proton Saga 2016


PROTON SAGA 2016 kini tampil bagi meneruskan kegemilangan generasi terdahulu. Setelah melepasi dua generasi, kini generasi ketiga akan muncul secara rasmi pada 28 September ini. Sesi pandu uji tempoh hari telah memberi peluang kepada media untuk merasai sesuatu yang sangat baik dan mengupas dari segala sudut mengenai Saga ini.

Dengan mengekalkan nama Saga sejak 1985, beberapa evolusi turut dilalui, walaupun kini di dalam segmen A, Saga 2016 mengekalkan trademark sebagai kereta mampu milik ia memperoleh saiz sedikit besar, enjin dan kendalian yang telah diperbaharui berbanding generasi sebelum BLM/FLX.

Masih menggunakan platform yang sama dengan jarak roda 2465mm, panjang sedikit lebih iaitu 4311mm ( 4278mm FLX ), lebih lebar 9 mm iaitu 1,689 mm (1,680 mm FLX) tetapi 11 mm lebih rendah iaitu 1,491 mm (1,520 mm FLX). Ini melihatkan rekabentuk Saga itu sendiri lebih detail, untuk mendapatkan keadaan yang seimbang terutama pada C pillar.

Seperti yang kita lihat pada gambar-gambar yang diberikan, Saga 2016 menerapkan beberapa elemen dan identiti Proton yang baru, bumper hadapan yang mempunyai sayap Proton pada gril dan lampu, turut mempunyai misai seperti Persona dan Iriz pada bahagian bawahnya. Elemen ini dilihat ia sebuah kereta keluarga tetapi turut mempunyai imej sport.

Beberapa pembaharuan semestinya memberi kepuasan kepada pembeli, 3 mounting enjin berbanding 4 bagi memperkemas kadar NVH. terdapat stabilizer bar pada suspensi hadapan sebagai ciri standard. Enjin Campro 1.3 VVT Saga ini dilihat lebih senyap berbanding enjin 1.6 VVT pada Persona. Biarpun kuasa sedikit kurang berbanding 1.6 VVT, enjin 1.3 VVT ini berpadanan dengan berat Saga yang lebih ringan berbanding Persona.

Kawalan stereng masih menggunakan sistem hidraulik, ia tidak memberi kesan besar bagi kereta kecil dan kepuasan pemanduan ditambahkan lagi dengan gear CVT yang dikemaskini sama seperti Persona baru. Seperti model-model kenderaan terkini, Saga turut memiliki Eco Drive Assist bagi semua varian. 

Untuk mendapatkan pilihan sebuah kenderaan yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, Saga adalah pilihan terbaik kerana keselesaan yang diberikan pada kali ini lebih baik berbanding Saga terdahulu. Interior yang dikemaskini agar lebih selesa, lebih luas dan mempunyai ciri-ciri yang tidak diduga bagi sebuah kereta bajet seperti ini.

Bagaimana pula bezanya dengan pesaing yang baru muncul dalam segmen A sedan ini? pada saya, Saga lebih stabil dipandu kerana ia sebuah sedan, lebih rasa selesa, tidak seperti jenama lain, kebanyakan sedan segmen A adalah kereta yang dipanjangkan dari kereta hatchback.

Mampukah Saga generasi ketiga ini mengekalkan keyakinan rakyat Malaysia sejak 1985 ia muncul? telah diumumkan ia dijangka berharga RM37 ribu hingga RM46 ribu. Bakal menemui anda di Pusat Pameran Proton terdekat pada hari rabu 28 September ini.












Share this article :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
28 September 2016 11:28 PG

Terbaik Proton

1 Oktober 2016 2:54 PG

Keseluruhannya Saga 2016 lebih baik daripada saga sebelumnya.. Ride n Handling terbaik untuk kereta segment-A.. Tahap keselamatan lebih baik dari Saga sebelumnya.. NVH terbaik untuk kereta segment-A.. Punch CVT yang ditala untuk pemanduan comfort lebih senyap tiada bunyi.. Lebih rendah, lebih panjang, lebih lebar, lebih selesa, lebih jimat, lebih segalanya berbanding saga sebelumnya..

Wheel arches juga lebih besar dan boleh memuatkan roda bersaiz 185/45 R17x7jj

1 Oktober 2016 2:58 PG

Ataupun roda bersaiz 225/35 R17x8jj juga boleh dimuatkan kedalam ruang roda Saga 2016

16 November 2016 11:07 PTG

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger