Adakah Proton Perlu Jual Lotus Dan Perlukah Rakan Kongsi Baru?


Dalam mengekalkan prestasi syarikat untuk terus maju ke hadapan, Proton dilaporkan akan melepaskan Lotus yang dimiliki sejak 1996. Sejak memiliki saham majoriti, Proton tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan akses penyelidikan serta pembangunan di dalam Lotus, ini kerana syarikat automotif British itu berlainan modul perniagaan di mana Proton fokus kepada perniagaan produksi semasa manakala Lotus memfokus kepada kereta sport kecil yang ringan dan cara pengendalian.

Dengan hasil jualan 102,000 unit pada tahun lepas, keadaan ini amat kritikal dan suntikan masih diperlukan untuk Proton terus bergerak. Untuk itu 1.5 bilion telah diberi oleh kerajaan sebagai pinjaman modal dan Proton perlu mencari rakan kongsi stratergik supaya Proton terus bertahan. Penguasaan pasaran yang kini jatuh 15 peratus berbanding 70 peratus pada era 90-an, Proton kini di bawah keupayaan sebenar.

Dengan kelengkapan kilang di Tanjung Malim, Proton sepatutnya mampu mengeluarkan 400,000 unit setahun. Kadar jualan pada zaman kegemilangan, Proton menjual 200,000 unit setahun dan kini merudum kepada 50 peratus. Suzuki, Renaut dan Peugeot dikatakan berminat dengan pelan rakan kongsi stratergik ini namun tiada ulasan lagi kerana ia masih diperingkat perbincangan.

Pada pandangan mata kasar, Proton adalah menjual kenderaan, pastinya keuntungan itu berpandukan jualan kenderaannya. Era kejatuhan adalah dilihat pada zaman Tiara, Waja dan Savvy. Dengan kualiti yang teruk, bebanan hutang dan masalah kereta ditanggung pembeli ketika itu dan secara perlahan pembeli mula beralih kepada jenama lain walaupun mahal tetap berkualiti seperti Toyota dan Honda. 

Tetapi itu dulu, sejak adanya Saga generasi kedua, Exora Bold, Preve Turbo, Iriz dan Persona, keadaan itu mula berubah. Pengguna yang pernah menggunakan Wira dan Iswara mula kembali melihat apakah yang Proton ada kini. Beberapa model yang dilihat berkualiti dan lebih selamat mula meyakinkan orang ramai. Dan di manakah silapnya?

Dalam menyusun barisan model yang ada, corak pasaran adalah penting. Proton memerlukan gaya pemasaran sebelum dan selepas jualan yang sesuai dengan keadaan semasa. Perkara ini adalah salah satu yang Proton perlukan dari rakan stratergik. Dengan barisan model yang saya sebutkan tadi, pemasaran berkesan amat-amatlah diperlukan. Dan jika keadaan ini benar-benar berhasil, Proton akan kembali di landasan sebenar dan akan terus bersaing.

Proton dilihat yakin pada mata pembeli kerana adanya nama Lotus, setiap pemplet atau brochure yang kita pegang ada tertera tulisan kecil Lotus Ride And Handling, di situ kita tahu keselesaaan kereta Proton itu adalah terjamin dan tidak memenatkan. Ramai dah tahu mengenai kerangka badan kereta Proton yang teguh, dah ramai yang lihat kereta Proton eksiden teruk tetapi orang di dalamnya selamat. Enjin tercampak sendiri ketika eksiden juga ramai yang tahu dan ia seperti jenama terkenal dan maju.

Mungkin sesetengah pembeli sebelum ini merungut mengenai fuel consumption berbanding jenama lain, kini enjin Campro telah dilengkapi VVT. Mungkin VVT tidak sehebat VVT-i namun gabungan enjin Campro yang lasak dan VVT sudah memadai bersaing dengan jenama lain yang guna VVT-i bersama enjin biasa-biasa. Mungkin juga alasan kos servis gear CVT yang mahal, sama juga jenama lain yang menggunakan CVT... sama saja kosnya.

Proton perlu fokus kepada apa yang mereka ada, bermula dari dalam kilang, kualiti dan kuantiti yang cukup baik harus sampai terus kepada pengguna selepas membeli. Bukannya masa di dalam kilang ia masih berkualiti tetapi bila sampai di tangan pengguna dalam sehari dua dah ada masalah. Jika dulu produk Proton hanya banyak di dalam Malaysia dan ia menguntungkan Proton, kini produk Proton dah ke serata negara-negara di dunia tetapi rugi, kesimpulannya Proton harus memperbetulkan gaya penghasilan dan pemasaran.

Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak tahu apa yang terjadi terhadap Proton, namun kita akan paham keadaan Proton apabila melihat keretanya. Siapa yang tidak sayang Proton di negara ini, tetapi sesetengah daripada kita tidak mampu memiliki kereta Proton bukan kerana harganya murah tetapi memikirkan masalah yang bakal dihadapi. Persepsi ini harus diubah dan Proton akan maju ke hadapan!

*Lotus Evora pun pakai side mirror macam Saga :-)


Share this article :

+ comments + 5 comments

1 Oktober 2016 2:39 PG

Tidak perlu jual Lotus tetapi PHB perlu rakan kongsi baru yang mempunyai pegangan 30% hingga 40% dalam Proton.. Rakan kongsi baru mestilah dapat memberikan akses PHB untuk meluaskan pasaran keseluruh dunia produk Proton.. Rakan kongsi baru PHB mestilah ada plan jangka panjang untuk mencapai kegemilangan atau KPI yang sangat baik..

Kereta-kereta model Lotus boleh saja di rebadge semula kepada model Proton, dipasangkan di kilang Proton dan menggunakan enjin Proton dengan harga yang jauh lebih murah..

Atau cadangan yang lebih baik merge Lotus-Proton.. Penggabungan Lotus-Proton pasti akan mencipta sejarahnya tersendiri..

11 Oktober 2016 1:01 PG

Lihat saja kolaborasi Renault-nissan, walaupun belum mencecah 5 tahun ia telah membuahkan hasil.. Renault diberi pegangan dalam Nissan melebihi 40% dan perpindahan teknologi antara satu sama lain serta memajukan teknologi bersama.. Hasilnya Nissan mencatatkan keuntungan berturut-turut dalam beberapa tahun..

11 Oktober 2016 1:09 PG

Kolaborasi dalam dunia automotive sangat perlu.. Tahun ini Nissan baru saja membeli Mitsubishi dan menjadikannya anak syarikat Nissan mulai tahun ini.. Pihak Renault terus mengeluarkan kenyataan akan berkolaborasi bersama Mitsubishi melalui Nissan.. Kolaborasi Renault-Nissan-Mitsubishi menguntungkan mereka,dimana perpindahan teknologi antara mereka, membangunkan teknologi baru bersama, perkongsian teknologi dapat mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dan kuantiti.. Denagn kata lain dapat jual kereta berkualiti tinggi dengan harga berpatutan..

12 November 2016 10:31 PTG

Adakah anda memerlukan pinjaman sebenar? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah syarikat kewangan berpengalaman yang memberikan pinjaman mudah percuma kepada individu yang tulen dan serius, syarikat-syarikat, syarikat-syarikat korporat dan orang ramai pada kadar faedah 2%. Kami mempunyai akses ke kolam tunai untuk memberi kepada Sme dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil. Tetap yakin kesejahteraan dan keselesaan sahaja yang kami berada di sini untuk pastikan. Dapatkan berhubung dengan kami perkhidmatan pelanggan @ email: jessicabrownfinancefirm@gmail.com untuk maklum balas yang cepat dan pantas ......
 
                                    PEMOHON DATA DIPERLUKAN
 
 
1. Nama
2. Negara
3. Alamat
4. Jantina
5. Pekerjaan
6. Jawatan di tempat kerja
7. pendapatan bulanan
8. Jumlah yang diperlukan
Tempoh 9. Pinjaman
10. Agama
11. Adakah anda memohon sebelum dan telah menolak? Jika ya
12. Nyatakan sebab ..........................................
......................................................... ...
......................................................... ...
............................................................
......................................................... ...
 
 
 
Seseorang sedang menunggu untuk bercakap dengan anda

26 Mei 2017 8:45 PTG

Hello kaumku baik Asia, mungkin ALLAH dipuji, nama saya Mahmud Simon, rakyat An INDONESIA tetapi saya sedang berpusat di sini di MALAYSIA; Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda semua tentang kebaikan Allah yang akhirnya telah membawa saya kepada pemberi pinjaman yang baik ini melalui Puan Nurliana Novi, pemberi pinjaman pinjaman benar-benar asal bernama Elina Johnson, pengarah ELINA JOHNSON LOAN FIRM, selepas saya telah scammed oleh pemberi pinjaman palsu, saya patah, putus asa dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan yang percaya, kemudian dia datang dan meletakkan senyuman besar di muka saya dalam kejutan terbesar saya. Saya tahu kebanyakan kamu juga telah menjadi mangsa penipuan, anda tidak perlu bersusah payah lagi kerana saya perlu menyampaikan berita baik dan satu-satunya pemberi pinjaman anda boleh percaya,
Sekali lagi selepas i mendapat pinjaman dari beliau i melabur dalam perniagaan dan saya melihat bahawa saya memerlukan lebih banyak, saya terkejut apabila ibu memberikan saya pinjaman lain selain daripada pinjaman sebelumnya, orang yang baik saya saya telah melihat ia dan saya adalah sebahagian daripada pengalaman, hari ini hidup saya mempunyai giliran terima kasih baru kepada ibu Elina, ya, anda mungkin takut kerana kesaksian palsu anda telah mendengar tetapi i am saksi dan jika saya sedang bercakap bohong mungkin ALLAH mengambil hidup saya, saya ada orang jika anda mahu pinjaman tulen dia adalah satu-satunya yang boleh dipercayai,
Puan Elina Johnson daripada LOAN FIRM ELINA JOHNSON hanya hubungi beliau hari ini melalui e-mel: elinajohnson22@gmail.com »untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda atau anda boleh hubungi saya melalui e-mel saya untuk mendapatkan panduan lanjut; mahmudsimon2@gmail.com dan nasihat mengenai bagaimana untuk memohon pinjaman dari Puan Nurliana Novi di nurliananovi96@gmail.com. Saya menunggu untuk mendengar berita anda sendiri yang baik, Terima kasih semua dan mungkin ALLAH dipuji.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger