Rupa Sebenar Proton Saga 2016 Terbongkar!!


Sepertimana yang tersebar di media-media sosial, kami juga turut menerima beberapa keping gambar yang menunjuk rupa sebenar Proton Saga 2016 yang bakal keluar pada September depan.

Imej yang berjaya dirakamkan sangat jelas memperlihatkan rupa sebenar Proton Saga 2016. Rekaan yang benar-benar bernafas baru walaupun menggunakan platform Saga sedia ada. Rekaan dan saiz lampu belakang amat seimbang untuk saiz badan. Saga baru ini juga turut dilengkapi lampu pada bumper belakang seperti Exora Bold facelift.

Rupa hadapan yang lebih matang ditonjolkan oleh Proton kali ini. Lebih aerodinamik dan tidak bersegi seperti Saga FLX. Walaupun lampu hadapan seakan menyambung kesinambungan FLX, tetapi ia lebih kemas.

Terdapat varian yang akan dilengkapi bodykit yang akan menambahkan lagi ciri-ciri seakan mewah dan sporty. Dikhabarkan Proton baru bakal dilengkapi beberapa ciri-ciri menarik antaranya terdapat sistem Eco, Hot Press Forming (struktur badan yang kuat), ESC dan CLU SYSTEM.

Walaupun ada banyak lagi ciri-ciri menarik yang belum dinyatakan, harga yang ditawarkan dianggarkan sekitar RM30K hingga RM45K sepadan dengan kehendak segmen A di negara kita. Proton Saga 2016 akan dijanakan oleh enjin Campro 1.3 VVT dengan padanan kotak gear CVT.





Share this article :

+ comments + 6 comments

5 Ogos 2016 5:02 PTG

ya.. rupa hadapan dan rekabentuk badannya jauh lebih matang dibandingkan saga flx sedia ada. Jika benar harganya dari myr30k hingga myr45k ianya sangat kompetitif dan akan mendapat sambutan hangat. Varian paling asas tanpa eksesori berharga 30k manakala varian paling tinggi beserta eksesori tambahan berharga 45k. Kemungkinan besar mendapat penarafan 5 bintang ncap untuk semua variannya.
Sebagai pengenalan Saga 2016 akan melancarkan 4 varian iaitu:-
varian standard 1.3vvt MT
varian standard 1.3vvt CVT
varian executive 1.3vvt MT
varian executive 1.3vvt CVT

Varian lain akan diperkenalkan berdasarkan permintaan yang tinggi

6 Ogos 2016 1:04 PG

Rekabentuk luarannya memang cool. Lebih cool lagi jika saga ni 2 pintu coupe dengan enjin kecil 1.0L turbocharged berharga dibawah 45k

Tanpa Nama
8 Ogos 2016 11:42 PG

selagi masalah power window tak diperbaiki, diambil peduli aku tak kan beli proton saga, lebih baik beli kereta import baru RM 117,500 je, murah pun murah, kualiti bagus!

Tanpa Nama
9 Ogos 2016 12:47 PG

Xda orang paksa beli..klu rasa yg import tu xda masalah..just go ahead..nobody prohibit you..bab power window bkn main hoohaa..yg keta import sampai xda spare part smpy 6 bulan..apa cerr???

12 Ogos 2016 4:12 PG

Masalah power window cerita lama.. (2008) 8 tahun lalu wira aku mengalami kerosakan satu power window, beli kat kedai spare part kereta 80 hinggit pasang sendiri, sampai sekarang masih berfungsi dengan cermelang.

Umur kereta dah 14 tahun. Tidak pernah overhaul mungkin kerana perjalanan tidak begitu jauh, hanya 880 000km+ dalam tempoh 14 tahun. Tidak pernah speed melebihi 200kmh, kiranya pemandu berhemah la kan. servis berkala setiap bulan purata 100 hinggit.

Tanpa Nama
16 Ogos 2016 12:14 PTG

setakat ini saga dan persona merupakan kereta terbaik proton. syabas dan go ahead proton!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger