Rupa Hadapan Proton Persona 2016 Terbaru!!


Jika sebelum ini kita melihat rupa sebenar Saga 2016 yang bakal dilancarkan pada September hadapan. Dan ini pula, imej hadapan yang berjaya dirakamkan bagi model Proton Persona 2016 yang bakal dilancarkan pada bulan ini.

Seperti mana sebelum ini, gambar yang diperolehi adalah di dalam kilang. Kali ini ia dirakamkan pada sudut yang lebih baik dan ia menunjukkan Persona 2016 bakal terus menyambung kecemerlangan Persona sedia ada.

Persona 2016 dibangunkan dari model Iriz, kelihatan ia seakan bersaudara namun mereka tetap dengan ciri-ciri masing-masing sebagai sedan dan hatchback segmen B. Saya sangat memuji Proton dalam menghasilkan model sedan daripada hatchback. Kebanyakan jenama lain kelihatan gagal tetapi tidak pada Proton.

Dikhabarkan Proton baru bakal dilengkapi beberapa ciri-ciri menarik antaranya terdapat sistem Eco, Hot Press Forming (struktur badan yang kuat), ESC dan CLU SYSTEM. Sebenarnya ada banyak lagi ciri lain dan harga pula mungkin dalam lingkungan sekitar RM45K hingga RM59K. 

Proton Persona 2016 akan menggunakan enjin Campro 1.6 VVT dengan kotak gear CVT. Namun kenderaan keluaran Proton bakal menggunakan keluarga enjin baharu yang dibeli dari Petronas di mana Perdana bakal menerimanya terlebih dahulu dijangka tahun 2017.

Share this article :

+ comments + 3 comments

4 Ogos 2016 10:53 PTG

CLU SYSTEM tu apa?

Tanpa Nama
5 Ogos 2016 12:01 PG

centralize locking unit (clu)

5 Ogos 2016 4:43 PTG

Varian paling asas Persona 1.6 vvt standard MT myr45k, manakala varian paling tinggi Persona 1.6 vvt Premium protronic myr59k. Boleh dikatakan lingkungan harga berpatutan. Persona 2016 sebagai perkenalan keluarkan 3 varian sahaja iaitu:-
varian standard 1.6vvt MT
varian executive 1.6vvt CVT
varian Premium 1.6vvt protronic

Varian lain boleh ditambah berdasarkan permintaan pembeli ditahun berikutnya.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger