Proton Persona Serba Baharu Kini Dibuka Untuk Tempahan



PROTON Holdings Bhd ("PROTON" atau "Syarikat") hari ini mengumumkan Proton Persona serba baharu yang akan dilancarkan pada 23 Ogos 2016, kini dibuka untuk tempahan, dengan bayaran tempahan sebanyak RM300 (bayaran akan dikembalikan dalam sebarang keadaan). 

Setanding dengan model-model keluaran terbaharu PROTON, Proton Persona baharu ini dibina dengan mengutamakan ciri keselamatan. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan keselamatan di samping ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang tersendiri oleh PROTON. Dengan penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP pada semua variannya, model ini menyediakan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif secara menyeluruh seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Tarikan, Hill-hold Assist, ISOFIX dan top tether, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-lock (ABS) serta 6 beg udara untuk varian Premium bagi memastikan perlindungan optimum untuk kedua-dua pemandu dan penumpang. 

Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Proton Persona baharu ini merupakan generasi ke-2 Persona dan bertemakan "sporty dan eksekutif”. Proton Persona baharu ini juga dikuasakan oleh enjin VVT 1.6L untuk penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan merupakan kereta Proton pertama yang mempunyai indikator bagi bantuan pemanduan ECO. 

Pada masa yang sama, Proton Persona baharu juga menyerlahkan ciri-ciri keanggunan dan praktikal. Dengan bahagian interior yang luas, tempat duduk yang direka secara ergonomik dan susun atur konsol, menjadikan perjalanan lebih selesa bagi pemandu dan penumpang. Persona baharu ini juga didatangkan dengan ruang bagasi seluas 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang. 

Proton Persona baharu diperlihatkan dengan penuh bergaya dengan reka bentuk yang begitu menarik dari setiap sudut pandangan seperti wajah yang berani dan menarik, lampu bergaya dengan pencahayaan pintar dan aksesori di bahagian belakang, sensor pada sekeliling kereta, rim aloi 15” serta lampu depan berelektrik boleh diubah aras. Semua ciri ini menjadikan kereta baharu ini  lebih diperhalusi, kemas dan memberi lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan. 

Harga indikatif bagi Proton Persona baharu ini adalah dari RM47,000 hingga RM61,000 di Semenanjung Malaysia dan dari RM49,000 sehingga RM63,000 di Timur Malaysia. Didatangkan dengan 3 varian - Standard, Executive dan Premium (dengan dan tanpa bodykit), dengan 6 warna pilihan - Cotton White, Fire Red, Sterling Silver, Graphite Grey, Quartz Black dan warna terbaharu, Carnelian Brown. 

"Demi menjadikan pelancaran Proton Persona baharu ini lebih bermakna kepada pengguna Persona dan seiring dengan bulan Kemerdekaan dan hari Malaysia, kami menawarkan perkhidmatan percuma selama 3 tahun (termasuk alat ganti dan kos pekerja) untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 September 2016, " kata Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman rasmi Facebook kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial untuk keterangan lanjut. 
Share this article :

+ comments + 1 comments

5 September 2016 4:31 PTG

Perhatian!!! Perhatian !!!!
Apakah Anda membutuhkan pinjaman? Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak untuk melunasi hutang-hutang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman modal untuk meningkatkan bisnis Anda? Apakah Anda pernah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Tidak terlihat lagi, karena kami berada di sini untuk semua masalah keuangan Anda. Kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga 2% untuk orang, perusahaan dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah dipahami, syarat dan Ketentuan.
Tidak ada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Mohon mendaftar sekarang melalui email kami dan Anda akan senang Anda lakukan karena kami akan membuat semua masalah keuangan Anda sesuatu dari masa lalu.
 
Email kami di: (Caroljonesloanfirm@gmail.com)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger