Proton Persona Serba Baharu Dilancarkan



Saat-saat yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, Proton Persona 2016 telah dilancarkan secara rasmi di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam semalam. Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan diiringi CEO Proton Datuk Fuaad Kenali dan timbalannya Datuk Radzaif Mohamed.

Persona baharu yang menggantikan model generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2007 itu dijangka meningkatkan prestasi jualan Proton. Ditawarkan dalam empat varian, Persona baharu yang didatangkan dengan ciri keselamatan terbaik itu ‎mula dibuka untuk tempahan sejak Isnin lalu. 

Menggunakan enjin 1.6 Liter VVT untuk semua varian, Persona yang menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP, mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 10.9 saat, prestasi lebih baik berbanding 12 saat untuk model terdahulu. 

Pada masa yang sama, Proton Persona baharu juga menyerlahkan ciri-ciri keanggunan dan praktikal. Dengan bahagian interior yang luas, tempat duduk yang direka secara ergonomik dan susun atur konsol, menjadikan perjalanan lebih selesa bagi pemandu dan penumpang. Persona baharu ini juga didatangkan dengan ruang bagasi seluas 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang. 

Proton Persona baharu diperlihatkan dengan penuh bergaya dengan reka bentuk yang begitu menarik dari setiap sudut pandangan seperti wajah yang berani dan menarik, lampu bergaya dengan pencahayaan pintar dan aksesori di bahagian belakang, sensor pada sekeliling kereta, rim aloi 15” serta lampu depan berelektrik boleh diubah aras. Semua ciri ini menjadikan kereta baharu ini  lebih diperhalusi, kemas dan memberi lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan. 

Terdapat banyak ciri-ciri tambahan seperti 2 pengecas USB di belakang, upholsteri kulit, kompartmen, super-flex pengelap tanpa bingkai, 7 ruang letak cawan, lanjutan perlindungan cahaya, tempat duduk belakang boleh diturunkan dan pelaras ketinggian tempat duduk pemandu untuk keselesaan dan kemudahan tambahan

Proton Persona baharu ini dibina dengan mengutamakan ciri keselamatan. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan keselamatan di samping ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang tersendiri oleh PROTON. Dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP pada semua variannya, model ini menyediakan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif secara menyeluruh seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Tarikan, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Bantuan Kawalan Cerun, ISOFIX dan top tether serta 6 beg udara untuk varian Premium bagi memastikan perlindungan optimum untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



  
































Share this article :

+ comments + 4 comments

6 September 2016 12:21 PTG

kapan bisa memilikinya

6 September 2016 12:22 PTG

belum dapat terjangkau untuk membelinya

6 September 2016 12:23 PTG

proton memang gagah

6 September 2016 12:24 PTG

ukurannya yang gemuk menjadikan proton terlihat gagah

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger