Proton Melanjutkan Operasi Pusat Servis Kepada Tujuh Hari Seminggu


Proton Holdings Bhd hari ini mengumumkan pelanjutan operasi tujuh hari di pusat servis terpilih dalam usahanya untuk mempertingkatkan khidmat lepas jualan.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, pembuat kereta nasional itu berkata sembilan daripada pusat servisnya akan memberi servis tujuh hari penuh, termasuk memperbaiki dan tuntutan waranti berkuat kuasa bulan ini.

Tambahan 14 lagi pusat servis turut mengikut jejak mulai 1 Okt, dengan empat lagi pusat servis bermula 1 Dis.

Pelanjutan operasi tujuh hari itu bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu pelanggan semasa menghantar kenderaan untuk diservis serta memberi fleksibiliti tambahan kepada pelanggan untuk menghantar kereta mereka diservis dan membuat penyenggaraan di hujung minggu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata pusat servis terpilih telah melanjutkan waktu operasinya pada hari Ahad hingga 5 petang berbanding 12 tengah hari sebelumnya.

"Yang lebih penting, kami juga membenarkan tuntutan waranti diproses di hujung minggu berbanding hanya pada hari bekerja sebelum ini.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memberi lebih kesenangan kepada pelanggan, terutama mereka yang tidak dapat bercuti semasa hari bekerja," kata beliau.

Proton juga telah melaksanakan semakan harga untuk alat ganti tertentu seperti pengecas turbo, unit kawalan elektronik dan pemasangan transmisi.

"Senarai alat ganti yang terlibat dalam semakan harga memperlihatkan pengurangan harga kira-kira 12 hingga 30 peratus" katanya.

-- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

16 Ogos 2016 1:47 PTG

Tambah lagi pusat servis 2s dan 3s di bandar-bandar setiap daerah.. Pusat servis 4s juga perlu ditambah di bandar-bandar utama setiap negeri.. Bagi memudahkan pengguna dan tempoh temujanji tidak lama atau melebihi satu hari..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger