Lagi Foto Persona 2016 Dibongkarkan!!


Proton baru sahaja umumkan tempahan untuk Persona 2016 kini telah dibuka. Untuk membuat tempahan, pelanggan perlu bayar RM300, dan bagi tempahan sehingga 30 September 2016, pelanggan akan menikmati pakej servis percuma termasuk alat ganti dan kos buruh selama 3 tahun. Proton Persona 2016 secara rasmi akan dipertontonkan pada 23 Ogos 2016 ini, namun kelibat model popular ini sudah terdedah di sana sini. Terbaru, 3 imej berjaya dirakamkan untuk memperlihatkan rekabentuk Persona 2016 dengan lebih dekat. Secara umumnya, Persona tidak mengecewakan sama seperti Persona terdahulu.

Proton Persona 2016 kini hanya tampil dengan enjin Campro 1.6 VVT dengan gandingan gear Punch CVT dan manual. Turut dilengkapi dengan Eco Drive Assist, Persona 2016 ini mampu memberikan penjimatan 10% bagi CVT dan 13% bagi versi manual jika dibandingkan dengan Persona terdahulu ( purata kelajuan 90km/j ). Penggunaan petrol adalah sekitar 5.6 liter per 100 km bagi manual dan 6.1 liter per 100 km bagi CVT. Kadar pecutan dari 0 hingga 100km ambil masa 10.9 saat.

Jika pada Iriz, gear CVT seakan menjerit meminta gear, keadaan sebegitu tidak lagi pada model Persona 2016, ia sudah ditala semula agar putaran enjin seiring dengan CVT yang juga turut menerima tebatan bunyi cukup baik. Persona 2016 dipasangkan dengan tiga engine mount baharu, bertujuan untuk menyerap lebih banyak gegaran enjin, ia menyumbang kepada pengurangan kebisingan ruang kabin. Persona 2016 akan muncul dengan rekod baru, ruang but belakang 510 liter dengan nisbah 60:40 tempat duduk. Keluasan ruang but ini lebih besar berbanding Persona lama iaitu hanya 470 liter sahaja.

Proton Persona 2016 hadir dengan empat varian di mana sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC) adalah ciri standard bagi semua varian. Ia turut hadir dengan tayar baru Silverstone Kruiser dan Goodyear Assurance (varian Premium sahaja).

Bermula varian Standard, ia dengan pilihan transmisi manual atau CVT. Sebagai varian paling asas, ia tidak mempunyai lampu kabus, disediakan cermin sisi hitam dan rim 15 inci. Varian kedua ialah varian Executive, yang antara lain turut dilengkapi dengan radio biasa, b-pillar dengan warna badan kenderaan serta rim 15 inci rona kelabu. Namun begitu, pilihan kotak gear yang ditawarkan hanyalah CVT sahaja.

Bagi varian Premium, ia juga dilengkapi dengan kotak gear CVT. Tambahan lain padanya ialah dari aspek keselamatan; ia dilengkapi dengan enam beg udara. Penggunaan material kulit bagi tempat duduk dan stereng, paparan skrin sentuh, keyless entry, bodykit dan rim 15 inci warna perak. Varian paling atas ialah Premium SE. Mempunyai bodykit keseluruhan termasuk spoiler belakang yang akan membezakannya dari varian Premium.

Apa yang kami jelaskan di sini sebahagiannya hanya pada pandangan mata sahaja, Proton sememangnya diakui mempunyai kerangka (hotpress) yang direka sangat baik. Berita kemalangan yang melibatkan model Proton amat kurang menghilangkan nyawa yang berada di dalamnya. Dan untuk Proton Persona 2016, ia turut menerima NCAP 5 bintang bagi kesemua variannya. Dengan harga sekitar anggaran RM47K hingga RM61K dengan waranti 5 tahun, terdapat ciri-ciri keselamatan yang diakui, prestasi enjin yang sangat baik, reka bentuk direka untuk semua jenis pengguna.



Share this article :

+ comments + 1 comments

16 Ogos 2016 2:17 PTG

Keseluruhannya Persona 2016 lebih baik dari Persona sebelumnya..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger