Jualan Bezza Telah Cecah 19,000 Unit


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencapai satu lagi kejayaan dengan hampir 6,000 unit Bezza berada dalam proses penghantaran hari ini, manakala tempahan untuk kereta sedan kompak pertama syarikat itu telah pun mencecah 19,000 unit.

"Sehingga semalam, 5,000 unit Perodua Bezza telah berjaya dihantar sejak dilancarkan pada 21 Julai dan kami berharap dapat menyampaikan sejumlah 1,000 unit lagi pada hari ini," kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan hari ini.

Pecahan jumlah unit yang dihantar itu terdiri daripada 42 peratus varian Perodua Bezza 1.3L Advance, 43 peratus Perodua Bezza 1.3 L Premium X dan 15 peratus Perodua Bezza 1.0L, kata Aminar Rashid.

Model sedan kompak "A" ini merupakan kereta pertama Perodua dengan bahagian atas badan direka sepenuhnya oleh jurutera Malaysia.

Proses reka bentuk Bezza ini bermula pada 2014 dengan sokongan rakan kongsi Perodua iaitu Daihatsu Jepun.

"Perodua melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan Bezza dan model ini mempunyai 95 peratus kandungan tempatan," katanya.

Harga Perodua Bezza bermula daripada RM37,300 untuk varian 1.0L Standard G (transmisi manual) hingga RM50,800 bagi varian 1.3L Advance (transmisi automatik), datang dalam enam warna iaitu Sugar Brown, Ocean Blue, Lava Red, Ebony Black, Glittering Silver dan Solid Ivory White.

Perodua Bezza dihasilkan di Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, sebuah fasiliti pengeluaran kenderaan cekap tenaga yang diperakui dengan kadar automasi melebihi 75 peratus.

-- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 2 comments

16 Ogos 2016 1:57 PTG

Tahniah Perodua.. Perodua boleh bangunkan sedan B-segmen berdasarkan platform Myvi.. Sedan D dan C-segmen berdasarkan platform Alza.. Model generasi kedua Kembara SUV juga boleh dibangunkan dari platform Myvi atau Alza..

Teruskan usaha Perodua..

Tanpa Nama
22 Ogos 2016 10:25 PG

Bezza nampak hodoh di atas jalanraya. sorry that is my honest comment

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger