Impressi Pertama : Kecemerlangan Proton Persona 2016


Proton Persona 2016 sudah boleh ditempah bermula hari ini. Bagi tempahan yang bermula hari ini hingga 30 September 2016, anda bakal menikmati pakej servis percuma selama tiga tahun termasuk alat ganti dan kos buruh serta waranti selama 5 tahun. Beberapa ciri menarik turut ditampilkan dan kami di azelery.com ada kupasannya.

Proton Persona 2016 kini hanya tampil dengan enjin Campro 1.6 VVT dengan gandingan gear Punch CVT dan manual. Turut dilengkapi dengan Eco Drive Assist, Persona 2016 ini mampu memberikan penjimatan 10% bagi CVT dan 13% bagi versi manual jika dibandingkan dengan Persona terdahulu ( purata kelajuan 90km/j ). Penggunaan petrol adalah sekitar 5.6 liter per 100 km bagi manual dan 6.1 liter per 100 km bagi CVT. Kadar pecutan dari 0 hingga 100km ambil masa 10.9 saat.

Jika pada Iriz, gear CVT seakan menjerit meminta gear, keadaan sebegitu tidak lagi pada model Persona 2016, ia sudah ditala semula agar putaran enjin seiring dengan CVT yang juga turut menerima tebatan bunyi cukup baik. Persona 2016 dipasangkan dengan tiga engine mount baharu, bertujuan untuk menyerap lebih banyak gegaran enjin, ia menyumbang kepada pengurangan kebisingan ruang kabin. Keadaan sunyi ini turut diakui oleh media yang telah memandu ujinya.

Bukan mudah untuk menghasilkan sebuah sedan daripada hatchback. Rekabentuk bumbung perlu lebih aerodinamik agar tidak nampak pelik bagi sebuah sedan.Keadaan ini pasti berjaya bagi Proton kerana mereka telah mengolah model hatchback untuk dijadikan sedan iaitu Persona lama ( Gen.2 ), Saga BLM ( Savvy ) dan Persona 2016 ( Iriz ).

Jika sebelum ini terdapat jenama lain yang baru sahaja melancarkan sebuah sedan dengan kapasiti ruang but belakang 508 liter, Persona 2016 akan muncul dengan rekod baru, ruang but belakang 510 liter dengan nisbah 60:40 tempat duduk. Keluasan ruang but ini lebih besar berbanding Persona lama iaitu hanya 470 liter sahaja.

Proton Persona 2016 hadir dengan empat varian di mana sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC) adalah ciri standard bagi semua varian. Ia turut hadir dengan tayar baru Silverstone Kruiser dan Goodyear Assurance (varian Premium sahaja).

Bermula varian Standard, ia dengan pilihan transmisi manual atau CVT. Sebagai varian paling asas, ia tidak mempunyai lampu kabus, disediakan cermin sisi hitam dan rim 15 inci. Varian kedua ialah varian Executive, yang antara lain turut dilengkapi dengan radio biasa, b-pillar dengan warna badan kenderaan serta rim 15 inci rona kelabu. Namun begitu, pilihan kotak gear yang ditawarkan hanyalah CVT sahaja.

Bagi varian Premium, ia juga dilengkapi dengan kotak gear CVT. Tambahan lain padanya ialah dari aspek keselamatan; ia dilengkapi dengan enam beg udara. Penggunaan material kulit bagi tempat duduk dan stereng, paparan skrin sentuh, keyless entry, bodykit dan rim 15 inci warna perak. Varian paling atas ialah Premium SE. Mempunyai bodykit keseluruhan termasuk spoiler belakang yang akan membezakannya dari varian Premium.

Bagi rekaan keseluruhan, Persona 2016 menggunakan lampu reflektor biasa tidak seperti Iriz yang turut dilengkapi DRL. Lampu belakang juga jenis bulb biasa dan bukannya LED. Rekaan interior dua tona hitam dan beigi agar pengguna merasa lebih selesa. Selain itu tuil gear CVT rekaan baharu. Rekaan pemuka lebih kurang sama seperti Iriz. Beberapa ciri mesra pengguna yang lain ia mempunyai dua pengecas USB, 7 cup holders.

Apa yang kami jelaskan di sini sebahagiannya hanya pada pandangan mata sahaja, Proton sememangnya diakui mempunyai kerangka (hotpress) yang direka sangat baik. Berita kemalangan yang melibatkan model Proton amat kurang menghilangkan nyawa yang berada di dalamnya. Dan untuk Proton Persona 2016, ia turut menerima NCAP 5 bintang bagi kesemua variannya. Beberapa ciri keselamatan dan praktikal ada pada gambar di bawah.

Dengan harga sekitar anggaran RM47K hingga RM61K, terdapat ciri-ciri keselamatan yang diakui, prestasi enjin yang sangat baik, reka bentuk direka untuk semua jenis pengguna tidak kira untuk yang berkeluarga ataupun perseorangan, Proton Persona 2016 sebenarnya sangat terbaik untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja. Proton Persona 2016 bakal menemui kita pada 23 Ogos 2016 ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ























Share this article :

+ comments + 1 comments

16 Ogos 2016 1:39 PTG

Saya menempah Persona Premium SE.. Terbaik Proton

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger