Alat Pengepam Beg Udara Takata Bahagian Pemandu Depan Kini 100 Peratus Tersedia - Honda Malaysia


Honda (M) Sdn Bhd mengumumkan bahawa alat pengepam beg udara Takata di bahagian pemandu depan kini 100 peratus tersedia.

"Pemilik kereta Honda yang termasuk dalam senarai panggilan semula, boleh membuat janji temu dengan pengedar sah Honda pilihan, Hab Perkhidmatan Berpusat atau Hab Mudah Alih masing-masing bagi menggantikan pengepam beg udara yang terjejas," kata Honda dalam satu kenyataan hari ini.

Sehingga 17 Ogos 2016, Honda Malaysia telah menyelesaikan 45 penggantian pengepam beg udara Takata atau kira-kira 175,000 unit pengepam beg udara bagi kereta yang terlibat.

"Sejak tiga minggu lepas, Honda Malaysia berjaya menggantikan lebih daripada 31,800 unit pengepam beg udara di pengedar sah, Hab Perkhidmatan Berpusat dan Hab Mudah Alih.

"Kami menggesa pelanggan yang terlibat supaya menukar bahagian yang terjejas bagi meningkatkan tahap penggantian sebanyak mungkin," katanya.

Mengenai pengepam beg udara Takata di bahagian penumpang hadapan, Honda Malaysia berkata mereka menghadapi kekurangan dan tidak dapat menjamin 100 peratus stok kerana kekurangan bahagian berkenaan juga berlaku di peringkat global.

"Pelanggan kenderaan Honda yang terjejas boleh menggantikan kedua-dua pengepam beg udara Takata bagi bahagian pemandu dan penumpang hadapan (berdasarkan ketersediaan bahagian) dengan membuat janji temu dengan pengedar sah Honda," katanya.

Pelanggan Honda diminta menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 untuk membuat janji temu dengan mana-mana Hab Perkhidmatan Berpusat di Georgetown, Petaling Jaya dan Johor Bahru.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my

Beg udara, yang dibuat oleh pembekal alat automotif utama Takata Corporation, kebanyakannya dipasang pada kereta dari model tahun 2002 sehingga 2013.

-BERNAMA
Share this article :

+ comments + 4 comments

30 Ogos 2016 2:43 PTG

standart keamanan yang penting

30 Ogos 2016 2:44 PTG

di wajubkan setiap kerweta balon udara keamanan

30 Ogos 2016 2:45 PTG

ikhtiar keselamatan penumpang harus

4 September 2016 5:51 PTG

Perhatian !!! Perhatian !!!!
Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2% kepada orang ramai, syarikat dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah difahami, terma dan syarat ini.
Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Sila memohon sekarang melalui e-mel kami dan anda akan gembira anda lakukan kerana kami akan membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu.
 
Emel kami di: (Caroljonesloanfirm@gmail.com)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger