Toyota Calya - MPV Yang Dibangunkan Dari Platform Axia / Agya / Ayla


Di Malaysia, Perodua telah membangunkan model sedan pertama mereka Bezza dari model Axia, di Indonesia pula, sebuah MPV Toyota dengan nama Calya telah dibangunkan dari platform yang sama iaitu Axia / Agya / Ayla. Imej ini disiarkan oleh AutonetMagz.com di mana Calya dijumpai sedang diuji diatas jalan raya tanpa sebarang pelekat penyamaran.

Toyota Calya dikhabarkan bakal dilancarkan pada acara Gaikindo Indonesia International Autoshow (GIIAS) 2016 pada bulan hadapan. Selain itu ia juga akan dikenali dibawah jenama Daihatsu dengan nama Sigra.

Walaupun bersaiz lebih kecil dari Avanza, Calya masih mampu untuk memuatkan tujuh tempat duduk, dan bakal bersaing dengan Datsun GO+ di pasaran Indonesia. Calya dibina sebagai sebahagian dari program Low Cost Green Car (LCGC) Indonesia, yang memberikan insentif cukai kepada kereta dengan kecekapan bahan api yang tinggi berkapasiti maksimum 1.2 liter.





Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger