Terowong Terapung Bawah Air Pertama Di Dunia


Kita pernah menempa sejarah dengan pembinaan terowong yang dikenali SMART bagi tujuan dwi kegunaan pertama di dunia iaitu untuk kegunaan kenderaan bagi mengelak kesesakan dan juga sebagai laluan air ketika hujan lebat bagi mengelakkan banjir kilat. 

Bagi penduduk Norway pula, mereka bakal mempunyai sebuah terowong terapung bawah air pertama di dunia di antara Kristiansand dan Trondheim. Terowong ini akan terapung 100 kaki di bawah permukaan fjord yang terdapat di negara mereka. Fjord itu adalah  sebuah serokan yang panjang dan sempit yang mempunyai dinding curam yang terjadi ekoran hakisan glasier.

Perkhidmatan feri bagi melintasi fjord adalah mengambil masa yang lama kerana tidak cukup pantas. Setiap terowong yang bakal dibina adalah cukup besar untuk dua lorong kenderaan. Sistem pontun digunakan untuk mengapungkan terowong pada permukaan fjord.

Fjord di Norway mempunyai pemandangan semulajadi dan ia menjadi tarikan pelancong. Dengan membina jambatan merentasinya akan merosakkan alam semula jadi di situ. Faktor lain adalah perlunya terowong adalah kerana dasar yang dalam dan sukar untuk membina asas jambatan. Kos pembinaan terowong ini dijangka mencecah $25 Billion dan ia akan memendekkan perjalanan yang selama ini 21 jam menjadi separuh.


Share this article :

+ comments + 3 comments

3 Ogos 2016 12:46 PTG

sangat keren

harus punya seperti itu negri ini

3 Ogos 2016 12:47 PTG

jalan anti banjir

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger