Syarikat Automotif Antarabangsa Berminat Jadi Rakan Kongsi Proton


Beberapa syarikat automotif terkemuka dari Eropah, China dan Jepun berminat untuk menjadi rakan strategik Proton, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, kerajaan menyerahkan kepada pengeluar kereta nasional itu untuk membuat keputusan, namun meletakkan beberapa kriteria penting bagi pemilihan berkenaan.

"Bagi pihak kerajaan, Proton kena memastikan bahawa rakan strategik itu mampu melonjakkan kembali Proton.

"Rakan strategik itu perlu ada teknologi, modal dan jaringan eksport," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perangkaian Hari Raya kementerian dan agensi bersama sektor swasta di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mustapa berkata, hubungan strategik Proton dengan syarikat luar dirasakan perlu kerana sebagai pemain industri yang kecil di peringkat antarabangsa, rakan strategik mampu membantu Proton mengembangkan perniagaannya.

Kira-kira 2,000 jemputan hadir pada majlis berkenaan yang turut meraikan anak yatim serta warga emas.

-- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 2 comments

6 Ogos 2016 1:20 PG

Sebelum ini hangat di forum-forum automotive eropah yang mana Lotus bercadang akan rebadge model-model terpilih proton untuk dinaiktaraf sepenuhnya oleh Lotus dan diberi nama baru sebagai langkah menambah model dan meluaskan pasarannya. Cadangan tersebut mendapat perhatian yang sangat memberangsangkan oleh penggemar outomotive terutamanya peminat Lotus.

Tetapi sayangnya cadangan tersebut tidak terlaksana. Syarikat automotive antarabangsa kebanyakannya berminat memegang majority share di dalam Proton kerana mahukan kawalan penuh ke atas Lotus.

8 Ogos 2016 11:33 PG

Selama ini proton pegang lotus ada pemindahan teknologi ke

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger