Suara Yuna Kini Pada Aplikasi Waze


Aplikasi Waze merupakan satu navigasi yang begitu luas di seluruh dunia sekarang di mana rata-rata pengguna jalanraya di Malaysia menggunakan aplikasi ini jika memerlukan GPS.

Aplikasi Waze ini seperti yang semua tahu ianya didatangkan dengan pelbagai nada suara untuk arahan kepada pengguna.

Terbaru dan paling terkini, pihak Waze telah memuat naik suara arahan terbaru di dalam sistem mereka iaitu menggunakan suara penyanyi terkenal Malaysia, Yuna Zarai.

Suara Yuna yang dibawakan oleh Calpis berkenaan membolehkan para pengguna atau peminat Yuna mendengar Yuna memberi arahan di dalam Waze.

Untuk memuat turun suara arahan Yuna anda boleh ke halaman Settings > Sound, dan memilih daripada pilihan pada Navigation Guidance.

-Siakapkeli
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger