SPAD Gantung Lesen Dan 26 Permit Bas Qistina Express


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen dan 26 permit bas milik Qistina Express Sdn Bhd selama sebulan berikutan nahas membabitkan bas syarikat berkenaan di Kilometer 265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Terowong Menora, 10 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan tegas itu diambil selepas mendapati syarikat berkenaan melanggar syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD pada 12 Julai lalu.

“Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

“SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres,” katanya.

Beliau berkata, SPAD percaya tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres untuk memastikan bahawa mereka mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD pada setiap masa bagi mengutamakan keselamatan pengguna.

Mohd Azharuddin berkata, SPAD memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memastikan pengendali bas menggunakan kenderaan yang baik dan mematuhi peraturan.

Dalam nahas kira-kira jam 3 petang itu, bas syarikat terbabit yang dipercayai hilang kawalan merempuh 10 kenderaan lain menyebabkan dua cedera.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger